Tuesday, 10 July 2012

SOLAT DHUHA

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka. (Surah al-Dhuha : 1-5 )
 Aduhai Hati

Monday, 9 July 2012

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Bahagia yang macammana kita nak dalam hidup kita? orang tye saya, awak bahagia tak sekarang? yer, saya bahagia sbb hati saya sangat tenang adanya ALLAH dan orang-orang disekelling saya yang sayangkan saya dan orang-orang yang saya sayang berada di tempat dalam hati saya, Mereka yg selalu memberi tanbih kpd saya andai saya tenggelam dalam lautan dunia, Mereka yg selalu ingatkan saya jalan yg mana harus saya lalui, Mereka yang selalu ingatkan saya tentang suruhan dan larangan ALLAH, Mereka yang selalu ingatkan saya tentang dosa dan pahala, Mereka yang selalu ingatkan saya tentang syurga dan neraka, Mereka yang sentiasa berada di sisi saya ketika saya susah dan senang, Mereka yang selalu kejutkan saya seandainya saya terlena dengan keseronokan dunia, Jadi bahagia yg macammana lagi yg saya nak? Mungkin wang ringgit yang banyak, mungkin harta yang bertimbun, mungkin rumah yang besar, mungkin hati yang iri hati/ cemburu?? tapi mungkinkah bahagia?? eerrrmmmmmm..Bahagia itu kita yang cari, kita yang lakar, kita yang warnakan menjadi cantik, kita yang rimbunkan menjadi serumpun senyuman, kerana itu adalah bahagia yang kita pilih sendiri, mengikut keperluan kita, mengikut kehendak kita, sekadar itu adalah kemampuan bahagia yang kita terima kerana kita yang memilih seperti itu, Jadi kenapa kita memilih untuk menderita dan tidak bergembira, Sedangkan kita mampu mencapai bahagia, Setiap apa yang kita buat dalam kehidupan kita, Kita perlu berusaha dan bertawakalkan, Kerana kehidupan ini adalah dengan izinNya, Seandainya kita tidak mampu raih apa yang kita nak, Maka kita perlu redho, Janji ALLAH kita akan mendapat yang lebih baik kan, ALLAH mengetahui setiap sesuatu, Lihatlah apa yang berlaku dalam kehidupan ini dengan kebaikan yang ALLAH beri, Bukan dengan penilaian keburukan yang kita sendiri bagi, Maka raihlah bahagia dengan cara kita sendiri penuh dgn kasih sayang bukan dengan cara kebencian yang menambahkan kesakitan.

HatiDHati>LJM<
Bahagia itu adalah ketenangan jiwa ♥, Saya bahagia apabila mereka bahagia. Sayang kamu sepenuh hati.
jadilah aku
seorang hamba yang utuh
dalam memegang janji
meneroka ketetapan hati

jadilah aku
seorang hamba yang tabah
dalam mengharungi perjalanan badai
untuk merungkai kesimpulan yang satu

jadilah aku
seorang hamba yang kuat
benteng agamanya
dalam mencari cahaya iman

jadilah aku
seorang hamba yang berilmu
yang mampu mengenal halal haram
dalam membangun diri
ke arah soleh/solehah
yang luhur suci
yang berusaha menggapai cinta
yang pasrah pada takdirNya
Hamparan sejadah hijau
mengusik shahdu panggilan azan
mengadap ke tempat yang sepatutnya berhadap
mencari segunung kekuatan

Mengalir airmata kerana dosa yang bertimbun
usap jari ke pipi
menitis terus terbias
bisa basah kain telekung

tasbih itu masih di hujung tangan
seperti membilang noda yang pernah dilakari
takut kepulangan nanti
bukan pada tempat yang ingin ditujui

resah gelisah tak sudah
meminta ketenangan padaNya pemilik hati
berdoa dengan sungguh harapan
agar iman diperteguhkan

HatiDHati>LJM<
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
Rahsia disebalik cinta
yang pasti cinta dihadapan itu tetap ALLAH
seribu melangkah kedepan dalam mencari
biarpun dgn kepayahan namun terubat

Rahsia disebalik cinta
sesama kita insan yg dicipta
tidak nampak tapi jelas dan nyata
menilai juga ada kepalsuannya

Rahsia disebalik cinta
penuh dengan janji setia
bersyarat pada hati
goyah pada imannya

Rahsia disebalik cinta
bila terpisah dari akar fitrah rasa
terpedaya fana nafsu dunia
jadikan takwa benteng kukuhnya

Rahsia disebalik cinta
tidak mudah menggapainya
berserah diri pada yg Esa
kerana disitu terletak bahagia

Monday, 2 July 2012

dihimpit rasa gelisah dan duka
memikirkan segala akan berubah
tak kala hati jauh dariNYA
membuatkan malam ku penuh dengan derita

diberi waktu dan kesempatan dariNYA
membuatkan aku sedar secalit rasa
buruk sangka padaNYA
membuat hati jauh dariNYA
kesengsaraan yang dititipkan olehNYA
membuatku terpaku dan ternyata
aku hamba yang lemah

hanya satu nikmat pancaindera yang ditarik buat seketika
membuatku menderita
sakit tidak tertanggung
ku sujud padaMU yang ALLAH
mengakui kesalahan dan kelancaran mulut
yang menafikan semua yang berlaku adalah ketentuanMU
maaf hambaMU ya ALLAH,
atas kekilafan yang terucap dari mulutku

ya ALLAH bimbing hamba
beri hamba kekuatan hati
menempuh segala ujian yang diberikan
agar hamba berolehi kejayaan

amin ya Robbi