Tuesday, 11 June 2013

Tautan Rasa

Cinta bukan tuk hari ini tapi selamanya
Kamu di pelusuk jiwaku tenang
Kamu di tatapan mataku cantik
Kerana kamu yang satu buah hatiku

Cinta bukan tuk hari ini tapi selamanya
Indah senyum mu menggembirakan
Membicarakan dengan lembut
Merasai dengan gurauan manja

Cinta bukan untuk hari ini tapi selamanya
Bisa ku lafaz dengan kata bahagia
Tak mungkin ku lupa jasamu
Kerana engkau temanku sehingga akhirnya

Saturday, 25 May 2013

Bakal Zauj wa Zaujah "Barakallah"



Bakal Zauj wa Zaujah
Kini engkau di sini,
Di  hari ini
Di tempat ini
Dalam majlis perjanjian amanah yang telah lama dinanti
Akan termatri sekejap lagi

Bakal zauj wa zaujah
Mungkin tenang, mungkin debar
Ada air mata yang menitik tanda bahagia
Ada doa mengiringi
Semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan ini

Bakal zauj wa zaujah
Jangan sesekali takut menghadapi
Jadikan tanggungjawab
Yang perlu dilunasi
Sebagai hamba yang setia dengan ILLAHI

Bakal zauj wa zaujah
Ya, bukan mudah
Inikan lidah juga tergigit
Belajar didik hati
Semua ini kehendak Maha Pemberi

Bakal zauj wa zaujah
Barakallah, barakallah, barakallah
Semoga sakinah, mawaddah wa rahmah
Hiasi perkongsian ini
Dengan ilmu menuju syurga
Indahnya akan dinikmati

Monday, 29 April 2013

Mahu cinta kamu sederhana



Aku mahu mencintaimu dgn sederhana
Dengan kata yang tidak sempat diucapkan
Siang kepada malam yang menjadikannya gelap

Aku mahu mencintaimu dgn sederhana
Dengan isyarat yang tidak sempat di sampaikan
Awan kepada hujan yg menjadikannya suram

Aku mahu mencintaimu dgn sederhana
Dengan rasa yg tidak sempat dibahaskan
Jarak kepada waktu yang menjadikannya terpisah

Aku mahu mencintaimu dgn sederhana
Dengan pena yang tidak sempat dihabiskan
Kayu kepada api yg menjadikannya debu

Aku mahu mencintaimu dgn sederhana
Yg dulu itu kenangan yang tetap ada
Yg akan dtg itu harapan yg mungkin juga akan hilang
Kerana itu aku hanya mahu mencintaimu dgn sederhana...........