"Sesejuk hati merasa, Seindah bicara melakar, Sehebat cintamu ya ROBBI, Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang"
Saturday, 28 April 2012
Matahari telah jauh terbenam
Malam menyingkap tabir kegelapan
Bintang menampakkan diri di kejauhan
Sungguh indah sukar digambarkan
Malam itu pentas keheningan
suasana nyaman kesunyian
Wahai orang-orang yang berselimut
Bangkitlah untuk menggapai syurga idaman
Bicaraku seorang diri
Menadah tangan mencari redho Illahi
Menitis airmata merendah diri
Memohon ampun mencari cinta dihati
Dalam sujud aku yakin ketenangan
Dengan doa aku berharap kebahagiaan
Sepenuh menyerah dengan kekuatan
Kerana aku kerdil dihadapanMu Tuhan
Ya ALLAH, bukakanlah pintu itu seluasnya
Ampun dan sucikanlah dosa hamba yg lemah ini
Pancarkan hidayah menembusi mata hati
Kerana sekejap lagi siang akan kembali
HatiDHati>LJM<
Manusia tidak berupaya untuk memutuskan sehelai benang pun, jika ALLAH
tidak memberi kekuatan padanya.. Tiada daya dan kekuatan melainkan
dengan izinNya, ALLAHHUROBBI...
Seindah ungkapan
Sekadar diam itu masih mampu bertahan
Kerana ianya sebaik2 perasaan
Sekadar melihat itu masih mampu tersenyum
kerana disebaliknya ada kebahagiaan
Sekadar menunggu itu dengan kesabaran
Kerana tahu keindahan rasa dari kejauhan
Sekadar bait2 tulisan dilakarkan
Kerana itu gambaran perasaan
Masih setia biarpun jarak itu jauh
Masih sayang biarpun tanpa ungkapan
Masih kekal tersimpan biarpun dengan badai halangan
Kerana jarak itu adanya rindu
Kerana sayang itu getarnya dijiwa
Kerana tersimpan itu yakin Allah menjaga..
HatiDHati>LJM<
Rindu dalam menjaga agar ditemui ketenangan, menunggu sabar kerana akan
ada jawapan, berdoa keran itu harapan, menanti pelangi indah muncul
dengan senyuman kebahagian..... ^^, ....
"Jangan
pernah berputus asa, seandainya jatuh maka bangkit kembali, bangun dan
berdiri, Bersabarlah kerana air yang lembut itu juga apabila menitis ke
atas batu yang besar secara berterusan, ia pasti akan mempunyai lekuk,
Membentuk impian atas usaha sendiri, Berdiri diatas mata sendiri, Jangan
sesekali takut dengan halangan, Redahlah alur yang deras itu dengan
kekuatan, Bersyukur kerana masih ada peluang."
HatiDHati>LJM<
Sunday, 22 April 2012
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1.Apabila mendengar AZAN,makan bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun
2.Bacalah AL-QURAN,tatapilah buku2 ilmu,pergilah ke majlis2 ilmu,amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4.Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun keranan pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 kebaikan.
5.Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti orang.
8.Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.
9.BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.
10.KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
http//tazkirah-umum.blospot.com

PESANAN IMAM AL-GHAZALI
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...
1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )
2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Saturday, 14 April 2012
Mendidik jiwa supaya sentiasa reda
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .
Rasulullah berpesan hati-hati beri, terima pujian
Oleh Prof Madya Maznah Daud
SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)
Tujuh petunjuk kebahagiaan dunia
Oleh
Prof Madya Pauziah Mohd Arshad
Perkahwinan harmoni dikecapi menerusi kesungguhan pasangan tingkat ilmu rumah tangga
Keindahan
cinta dirasai disini, kerana keagungan kasih ILLAHI sentiasa terpatri,
Jangan jadikan kepayahan sebagai alasan untuk terus berlari, Tapi
biarlah hidup dengan redho yang hakiki, Tercipta bahagia dengan cara
kita yang melakarnya, Menerima ujian dengan kemanisan sabar dan syukur,
Jangan takut untuk melangkah setelah berusaha, Sekalipun terus jatuh,
Bangkit dan berpaut pada dahan yang akan terus merendang, Bukan mudah
namun berserah, Ada jalan dihadapan, Jalan yang lurus, Bila ALLAH tempat
kita bermohon harap..
HatiDHati<LJM>
dan rasakan damai itu dekat,,
"Seperjalanan
hidup yg berbaki ini, Buat perkara yg bermanfaat untuk diri dan orang
lain, Bantu diri dan bantu orang lain jugak, Jangan pernah merasa letih
untuk terus memberi, Berilah sebanyak kebaikn yang ingin diberi, Jangan
berputus asa untuk mencipta pokok yang berbuah rendang, Yang dijaga yang
dibaja dan akn dituai buah amalan yg baik kelak, Halangan dihadapn
adalah cabaran untuk berdiri kukuh, Yang penting hati yang baik,
Tuntunilah hati kita kearaah cinta ALLAH, Rahmat ALLAH sangat luas,
Berusahalah dan jangan berhenti"
HatiDHati>LJM<
Menggunung harap dengan doa,,,
-dipetik dari hasil tulisan USTAZ MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY-
Fitrah
- Fitrah dalam erti kejadian asal insan sebagaimana asalnya sebagaimana yang terkandung dalam maksud hadith "Setiap orang bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah yang suci bersih; kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia yahudi ... (dan seterusnya)"
- Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum: Ayat 30).
Sunday, 1 April 2012
Sekadar mencintaimu dalam diam sudah cukup..
Cinta Ali dan Fatimah Az-Zahrah
Dipendamkan
di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang
perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi
tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya,
hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah
S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad,
serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa,
untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya
dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri.
Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia
nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah
mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa
apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih
utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan
dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah
bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara
’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di
ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa
banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena
sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair,
Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan
kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak
muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal,
Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang
dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah
lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga
miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun,
sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar
ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha
mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini
perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah
perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah.
Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang
nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan
oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki
yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya,
Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar
Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku
datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan
’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya
di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar
lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala
perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah
sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut
ditolak peminangannya?
Pada
suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad
bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada
kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah
s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah
engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi
Thalib?”
Abu
Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi
Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a.
dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya:
“Anda datang membawa berita apa?”
Setelah
duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan
persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada
Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan
orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau
adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah
menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau.
Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa
persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali
apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri
beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri?
Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar
perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata.
Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah
membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah
mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang
menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku
ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu
Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan
menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali,
janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan
seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah
berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong
keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa
waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg
ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu
diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah
yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan
pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun
mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum
dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan
pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi
Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai
kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang
itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia
masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia
dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan
kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul
Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu
keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau
perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar
kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali
bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu
ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan
makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum
mengerti apa-apa.
Sesungguhnya
Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya
Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi
wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan
sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang
isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah.
Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku
dengan Fatimah?”
Ummu
Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak
berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi
Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi
Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri
mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak
anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi
sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang
pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi
Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan
untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi
keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh
kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin
sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai
Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah
lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau
di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah
segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn
disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata
ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan
aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham.
Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan
ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam
suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada
‘Ali:
“Maafkan aku, karena
sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta
pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu,
mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
Subscribe to:
Posts (Atom)