Saturday, 28 April 2012

Kesukaran ini aku harungi kerana aku tahu kekuatan itu dari ALLAH,
Keresahan ini aku tutupi kerana aku tahu kekuatan itu dari ALLAH,
Ketabahan ini aku galasi kerana aku tahu kekuatan itu juga dari ALLAH,
Kelemahan ini aku atasi kerana aku tahu kekuatan itu juga dari ALLAH,
Ya ROBBI, Pengatur rasa ini
Kau taburkan cinta itu terus kedasar hati, kerana aku takut Ya ALLAH, Segala nikmat yang Engkau berikan membuat aku buta, membuatkan aku lalai dan lupa, ya ALLAH aku takut berseorang diri, Namun aku tahu engkau dekat di sisi, Temukanlah aku dengan hamba2Mu yang soleh/solehah yang mencintaMu dari qalbu, yang merinduiMu dalam sujud, yang mencariMu dengan harapan doa,
Ya ROBBi, yang Esa
Tuntunilah hati ini ke arah nurMu, jauhilah aku dari sifat keluh kesah, Alhamdulillah dengan cinta ini aku berpaut pada redhoMu,,,

HatiDHati>LJM<

No comments:

Post a Comment