Aku Tinggalkan Cinta Kerana DIA!
April 16, 2007 oleh Muhtar Suhaili
“Rasa Cinta Pasti Ada Pada Makhluk yang Bernyawa!”
(Gambar Sekadar Hiasan)
(Gambar Sekadar Hiasan)
Email yang diterima dari Akhi Mu’ammar bertarikh 21 Mei 2005
(Semoga kita beroleh nasihah, semoga kita taubat nasuha).
Date: Sat, 21 May 2005 01:47:01 +0100 (BST)
From: ”Mu. ammar” <mujahidsolihin@yahoo.co.uk>
Subject: Aku tinggalkan Cinta Kerana DIA
To: ”Mukhtar Suhaili” <al_akhyar81@yahoo.com>
Wahai saudara
seagamaku, saudara MUHTAR bin SUHAILI yang saya hormati (Saya sering
ziarah ke weblog saudara.. Teruskan perjuangan saudara lillah).
Kisah ini
datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang
saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi
mengingkar apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua
orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang
saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya
rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari
kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau
bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang
wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih,
tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir
hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa
dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik
anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami
nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan
beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan
dialah orangnya.
Dalam masa
beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling
Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat
saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup
saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara
langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan
pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah
sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak
pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun
peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula
mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan
sebuah organiasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah SWT,
dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia
seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat
berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam
mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan
senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat
sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika
suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai
seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah
dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya
teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya
seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk
berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi
amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang
wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi
dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.
Pada hari
terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya
selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan
dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya
mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal
keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang
amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan
dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu
saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia
amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu
barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual
deangan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula
menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya
berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya
berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya
secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima
dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum
saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam
menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta
agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua
itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang
sempurna buat saya.
“Wanita Hiasan Dunia.. Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah!”
Walau
bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat
menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya
bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya.
Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama
kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan
ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius
sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari.
Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas
walau sepatah.
“I
haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right
now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted.
But I know there’s no relationship between male and female except for
what is very important and official between them. So, may I know what
kind of relationship you are having now and I want to hear it from your
mouth that it is legal in what you have been learning until now.”
“Not a single phrase, nor a word.”
“My
sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never
build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way
Rasulullah PBUH has taught us. A happy and blessed family come from
Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the
first step you make is by stepping into what He has prohibited. You
can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must
know in every family that stands until their dying day, they have Allah
on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong
step from the very beginning.”
Saya tiada
kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah
lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya
sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta. Cinta
tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan
yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali
perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu
dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang
menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya
tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan
hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit
dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata: “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”
Saya percaya,
itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya
terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun
air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia
tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana
menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi
syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia
akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya
sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi.
Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas
tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat
untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang
ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya
kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga
Allah sudi memaafkan kami.
Sesungguhnya
Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan
syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah
lesu. Ampunilah aku.
Walau
bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji
dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya
nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah
berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya
melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
Insya Allah, sekiranya Allah SWT panjangkan umur, sebaik sahaja saya
tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan
melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan
setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk
mengekalkan kesetiaaan saya.
Pesan saya
buat saudara MUHTAR, sekiranya tiada penawar berbisa, jangan cuba
mencari cinta manusia, kelak dirimu akan binasa.. Jika cinta manusia
datang menduga tanpa diminta kehadirannya, maka bercintalah kerana-Nya.
“Keluarga Bahagia.. Mengimpikan syurga sebelum Syurga!”
MUHTAR, beringatlah;
“Sekiranya
kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman
hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula
kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya.”
Siapakah lagi
dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan
sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa ‘alaihis salam dan puteri
Nabi Syuaib ‘alaihis salam beribu-ribu tahun dahulu?
Wallahu a’lam.
SOHABAT Barumu;
Mu’ammar, Mafraq, Jordan
Mu’ammar, Mafraq, Jordan
——————————————————————————————-
Renungkanlah..
Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..
Perasaan insan sama
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang Tuhan beri
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang Tuhan beri
Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..
Lagu asal oleh J. Mizan
Dinyanyikan semula oleh Hijjaz.
Dinyanyikan semula oleh Hijjaz.
No comments:
Post a Comment