Walaupun jauh
Ku rasa dekat
Dekat dengan izinMU
Walaupun hati merasa sedih dan risau akan dirinya
Namun ku gagahkan diri
Kerana ku yakin ALLAH bersamanya
Dengan penjaga yang setia disisinya dikanan dan kirinya
Ku selalu meminta sesuatu yang membuat dirinya risau
Namun diri ini hanya ingin tahu
Walau pun terkadang berkali ku tanyakan soalan yang sama
Namun dirinya tetap bersabar sambil mengukir senyuman
Kerana dia tahu aku hanya ingin tahu saja
Ku selalau berdoa agar sentiasa di sampingnya
terkadang ku menafikan akan perpisahan yang akan berlaku
Maafkan hambaMU ini ya ALLAH, atas sikap leka dan lalai
Namun hanya doa yang hambaMU panjatkan
Agar tautan ini sentiasa bertaut hingga ke syurgaMU
Ameen....
No comments:
Post a Comment