Termangu menunggu
dihujung titik persinggahan
melihat langit yang kebiruan
mendengar kicaun burung dihujung dahan
berharap seindah itu hubungan
hubungan itu perlukah dibiarkan
atau menidakkan segala keruan
kerana di sini adalah kenangan
kerana di sini adalah impian
bukan mudah untuk melupakan
melupakan bukan jalan penyelesaian
seadainya masih ada sayang
seandainya masih ada kerinduan
seandainya masih ada harapan
segalanya tidak perlu dipedulikan
peduli dengan mencipta kesempurnaan
resah dalam pencarian
bila jawapan didambakan
belum mengisi ruang yang semakin hilang
No comments:
Post a Comment