"Sesejuk hati merasa, Seindah bicara melakar, Sehebat cintamu ya ROBBI, Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang"
Tuesday, 29 May 2012
Bagaimana ingin digambarkan duka ini
secalit rasanya terus ke hati
kepayahan, kesakitan, kerisauan
meneruskan dengan sekadar kemampuan
namun tahu kedatangan ujian
bersandar pada kuatnya kesabaran
Tuhan yang Maha Mengetahui
sakit ini Engkau berikan kekuatan
sedih ini Engkau berikan kebahagian
padanya sedikit harapan
sudah cukup untuk teruskan perjalanan
HatiDHati>LJM<
ya ROBBI...
Sunday, 27 May 2012
belajar untuk menuntun hati
agar tidak terlalu berharap
belajar untuk menuntun hati
agar diri tabah menghadapi perubahan
belajar untuk menuntuk hati
agar diri sedia jika keinginan dan impian tidak tercapai
belajar untuk menuntun hati
agar diri bersedia untuk kehilangan
belajar untuk menuntun hati
agar diri baik2 saja.
proses kehidupan
kenapa kita takut akan kehilangan
kerana kita tahu bahawa keadaan akan berubah
kerana kita tahu hubungan akan ada batasnya
kerana kita tahu bahawa kita belum bersedia
tetapi paling kita takutkan kita telah menafikan takdir yang telah tercipta untuk kita,
nauzubillah, astargfirullahal'azim
setiap pertemuan pasti akan ada perpisahaan
hargai masa bersama selagi diberikan peluang dariNYA
jangan menyesal dan ditangisi bila masa itu telah pergi
usaha untuk menjadikan hari2 bahagia
walaupun di tempuh dengan ombak badai yang menganas
tetaplah kukuh seperti karang dilautan
dan pasir dipantai
yang kedua-duanya setia menemani pantai
walaupun dibadai arus yang kuat
andai perpisahan itu berlaku
belajar dari kesengsaraan itu
kerana ia berlalu dengan masa
maka isilah hari2 yang sedih itu
dengan pengisian yang bermanfaat
untuk spritual dan psikologi
jangan diisi dengan tangisan dan dendam
kerana proses ini sentiasa berlaku dalam kehidupan
tanpa disedari
cuba dihitung sudah berapa banyak pertemuan dan perpisahan yang berlaku
pasti banyak,
cuba difikir apa yang kita lakukan semasa menempuh keadaan itu
cara yang bagaimana kita berjaya menghadapinya
maka guna lah cara itu
insyaALLAH redha ALLAH bersama
kerana kita tahu bahawa keadaan akan berubah
kerana kita tahu hubungan akan ada batasnya
kerana kita tahu bahawa kita belum bersedia
tetapi paling kita takutkan kita telah menafikan takdir yang telah tercipta untuk kita,
nauzubillah, astargfirullahal'azim
setiap pertemuan pasti akan ada perpisahaan
hargai masa bersama selagi diberikan peluang dariNYA
jangan menyesal dan ditangisi bila masa itu telah pergi
usaha untuk menjadikan hari2 bahagia
walaupun di tempuh dengan ombak badai yang menganas
tetaplah kukuh seperti karang dilautan
dan pasir dipantai
yang kedua-duanya setia menemani pantai
walaupun dibadai arus yang kuat
andai perpisahan itu berlaku
belajar dari kesengsaraan itu
kerana ia berlalu dengan masa
maka isilah hari2 yang sedih itu
dengan pengisian yang bermanfaat
untuk spritual dan psikologi
jangan diisi dengan tangisan dan dendam
kerana proses ini sentiasa berlaku dalam kehidupan
tanpa disedari
cuba dihitung sudah berapa banyak pertemuan dan perpisahan yang berlaku
pasti banyak,
cuba difikir apa yang kita lakukan semasa menempuh keadaan itu
cara yang bagaimana kita berjaya menghadapinya
maka guna lah cara itu
insyaALLAH redha ALLAH bersama
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Wahai Kakak Yang Cantik Kejadiannya
Lihat ke langit
Awan berarak cerah
Angin sepoi-sepoi bahasa
Bertemu denganmu dalam senyuman
Memberi sinar diharimu
Setiap hari yang berlalu
Membawa seribu kemanisaan
Walaupun tanpa madah dan kehadiran disisi
Ku cuba tuliskan madah ucapan
Selamat ulang tahun kelahiran
Ku iringi doa buatmu
Bersyukur kehadarat ILLAHI
Atas nikmat usia yang diberi
Ya ALLAH, panjangkan usia kakaku,
Jadikanlah kehidupannya lebih diberkati
Ya ALLAH, tambahkanlah amalannya di saat bertambah usiannya
Jadikanlah cahaya MU yang bersinar menyinari jalannya
Berikan kebahagiaan kepadnya didunia dan akhirat
Temukan dia dengan insan yang membimbingnya kejalan MU ya
ALLAH
Ya ALLAH, berikan kemudahan kepadanya
Mencari haruman syurga ciptaanMU
Agar kebahagiaan dirai dalam redha MU….
…amen…
Khas Untukmu
<3 nasuha <3
Saturday, 12 May 2012
Setelah sekian lama ana tidak menulis, kali ini ana ingin mengajak semua para2 pembaca blogger untuk berfikir dan merenung. Bila mana kita ingin membuat kebaikan sudah pasti kita tidak perlu bertanya adakah perlu untuk kita membuat kebaikan. sedangkan kita telah dijanjikan olehnya setiap kebaikan yang kita lakukan diberi ganjaran disisiNYA. semakin banyak kita membuat kebaikan maka semakin banyak ganjaran yang kita lakukan. kita sering melihat orang yang meminta bantuan (sedekah) ditepi2 jalan terkadang di jejantas.Adakah kita bertanya mak cik/pak cik perlukan saya menderma? sudah pasti tidak kan, kita akan bersedekah tanpa berkata. maka sekali lagi ana tekankan dalam membuat kebaikan kita tidak perlu bertanya. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita, kita akan cuba membantu sedaya yang kita mampu. tanpa kita sedar dalam kesibukan kita membantu orang lain ada ahli keluarga kita yang memerlukan bantuan. Teringat ana akan satu hadis sebaik2 sedekah adalah diberikan kepada ahli keluarga. Berapa ramai yang mempunyai adik beradik yang telah bersekolah? Berapa ramai yang bersedekah dengan adik beradik tanpa bertanya? Berapa kerap kita membantu adik beradik kita tanpa bertanya cukup ke tak, ada ke tak, perlu ker tak (dalam apa jua keadaan)?. Sedangkan kita tahu membuat kebaikan itu mudah dan tidak perlu bertanya. Ayuh para pembaca memupuk sedekah didalam kalangan adikberadik kerana ganjaran yang besar disisi ALLAH insyaALLAH.
Lirik Lagu Haddad Alwi feat Anti & Vita – Selamat Datang Kekasih
Sering ku bayangkan
Andaikan aku bertemu denganmu kasih
‘kan kulepas rasa rinduku
Padamu dambaan hati
Wahai Nabi yang mulai hadirlah dalam jiwa
Telah lama ku menanti kehadiranmu Nabi
Selamat datang wahai kekasih
Ku sambut dirimu sepenuh hati
Rasa rindu berbalut cinta
Hatiku kini bahagia
Selamat datang wahai kekasih
Ku sambut dirimu sepenuh hati
Rasa syukur tak terperi
Kau anugerah Ilahi
Thola’al badru alaina mintsaniyatil wadha
Wajaba syukru alaina mada’a lillahi daa
Thola’al badru alaina mintsaniyatil wadha
Wajaba syukru alaina mada’a lillahi daa
Thola’al badru alaina mintsaniyatil wadha
Wajaba syukru alaina mada’a lillahi daa
Thola’al badru alaina mintsaniyatil wadha
Wajaba syukru alaina mada’a lillahi daa
Sering ku bayangkan
Andaikan aku bertemu denganmu kasih
‘kan kulepas rasa rinduku
Padamu dambaan hati
Wahai Nabi yang mulai hadirlah dalam jiwa
Telah lama ku menanti kehadiranmu Nabi
Selamat datang wahai kekasih
Ku sambut dirimu sepenuh hati
Rasa rindu berbalut cinta
Hatiku kini bahagia
Selamat datang wahai kekasih
Ku sambut dirimu sepenuh hati
Rasa syukur tak terperi
Kau anugerah Ilahi
Thola’al badru alaina mintsaniyatil wadha
Wajaba syukru alaina mada’a lillahi daa
Thola’al badru alaina mintsaniyatil wadha
Wajaba syukru alaina mada’a lillahi daa
Thola’al badru alaina mintsaniyatil wadha
Wajaba syukru alaina mada’a lillahi daa
Thola’al badru alaina mintsaniyatil wadha
Wajaba syukru alaina mada’a lillahi daa
Tuesday, 1 May 2012
yer dengan "Berusaha", Berusaha mengikut kemampuan diri dan menyerahkan hasilnya kepada ALLAH, Hasil dari usaha itu sepenuhnya berada di tangan ALLAH, Jika gagal usaha lagi, jangan malas dan jangan pernah berhenti daripada rasa lelah, Terima dan jangan berasa kecewa dan berputus asa seandainya tidak boleh hasil seperti yang dirancangkan, ALLAH maha kuasa atas segala sesuatu, Setiap apa yang ALLAH berikan kepada kita itu bemanfaat seandainya kita berfikir..
Telaga Rezeki ♥
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu
ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu
,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah
jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam
bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika
masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan,
kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”
Tersirat makna yang menarik
Dengan Ungkapan yang padat lagi indah
Tertaut pada hati yang satu
Berharap makbul dengan doa dihati
Ya ROBBI, yang membolak balikkan hati
Jadikan hati ini terang benderang seperti kaca
Jadikan hati ini kukuh seperti akar didalm tanah
Jadikan hati ini sekuat halilintar dihujung langit
Kerana takut menjaga hati yg mudah rapuh seperti kayu
Ya ROBBI, Pengatur kejadian
Dengan kemarau itu terus kering
Dengan hujan itu terus basah
Dengan ketetapan hati ini terus terarah
Ya ROBBI, yang Maha Penyayang
Biarlah bintang-bintang tidak bersembunyi dimalam hari
Biarlah bulan berdiri dengan cahaya yang terang
Biarlah juga hajat ini jadi penentuan
Ya ROBBI, yang Maha Kaya
air itu mengalir dan terus mengalir
Begitu juga dengan telusnya pengharapan ini
Tiada daya hanya dengan usaha
Jangan dilenyapkan kasih untuk berbakti
Andai hayat masih ada disini
HatiDHati>LJM<
Ya ROBBI, jangan dibiarkan aku dalam kesedihan, kecuali Engkau melenyapkannya...Aameen..
Subscribe to:
Posts (Atom)