KeRaNa akULaH HaWa iTu...
HAWA
Sehalus dan selembut ciptaannya
Menjadi pendamping adam idaman
Setiap insan dijadikan berpasangan
Mereka saling memerlukan
Hidup tidak bererti tanpa teman
Sebagaimana malam tanpa kesiangan
Kerana itu hawa dicipta untuk adam
HAWA
Dihiasi kelembutan dan sifat keibuan
Takut dan malu hiasan diri
Solehah pada akhlak dari dasar hati yang dalam
Tiada diberi pada adam
Jagailah anugerah ILLAHI
Semaikanlah kemurnian dihati
Halus budi pekerti
Jadilah wanita yang disayangi Tuhan
Ibu dan isteri mithali
Mencari dunia dan akhirat yang diberkati
HAWA
Tabahkanlah hatimu menempuh dugaan
Tenangkanlah dirimu dalam kesedihan
Redhoilah segala ketentuan
Semua yang berlaku adalah suratan
Menguji iman setiap insan
Tanpa ujian tiada kekuatan
Kerana kekuatan itu datang dari kasabaran
HAWA
Matangkanlah dirimu dengan seribu pengalaman
Pengalaman mengajar erti pengajaran
Setiap Insan lain rintangan
Diuji ILLahi mengikut kemampuan
tempuhilah dengan kesabaran
HAWA
usah menangisi setiap kesusahan
Usah melampaui dengan kesenangan
Usah berbangga setiap kejayaan
Usah kecewa dengan kegagalan
Usah merungut setiap keadaan
Usah takbur dengan kelebihan
Usah tersenyum dengan kecantikan
Usah malu dengan kekurangan
segalanya sekadar pinjaman
semua itu hanyalah ujian
Menguji sekuat mana keimanan
HAWA
Pertahankanlah diri dari godaan syaitan
Mengheret manusia ke lembah kehinaan
Itulah sumpah syaitan dihadapan Tuhan
Membinasakan keturunan Adam dan Hawa habis-habisan
HAWA
Meskipun keadaan berubah mengikut zaman
Al-Quran dan As-Sunnah jadi pegangan
Walau di mana bumi dipijak islam jadi junjungan
jangan dibiar iman bergoncangan
Perjuangan mesti diteruskan
Mencari jalan kebenaran
Moga hidup dunia akhirat menjdi keberkatan
Syurga ALLAH jadi idaman..
No comments:
Post a Comment