"Sesejuk hati merasa, Seindah bicara melakar, Sehebat cintamu ya ROBBI, Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang"
Saturday, 12 May 2012
Setelah sekian lama ana tidak menulis, kali ini ana ingin mengajak semua para2 pembaca blogger untuk berfikir dan merenung. Bila mana kita ingin membuat kebaikan sudah pasti kita tidak perlu bertanya adakah perlu untuk kita membuat kebaikan. sedangkan kita telah dijanjikan olehnya setiap kebaikan yang kita lakukan diberi ganjaran disisiNYA. semakin banyak kita membuat kebaikan maka semakin banyak ganjaran yang kita lakukan. kita sering melihat orang yang meminta bantuan (sedekah) ditepi2 jalan terkadang di jejantas.Adakah kita bertanya mak cik/pak cik perlukan saya menderma? sudah pasti tidak kan, kita akan bersedekah tanpa berkata. maka sekali lagi ana tekankan dalam membuat kebaikan kita tidak perlu bertanya. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita, kita akan cuba membantu sedaya yang kita mampu. tanpa kita sedar dalam kesibukan kita membantu orang lain ada ahli keluarga kita yang memerlukan bantuan. Teringat ana akan satu hadis sebaik2 sedekah adalah diberikan kepada ahli keluarga. Berapa ramai yang mempunyai adik beradik yang telah bersekolah? Berapa ramai yang bersedekah dengan adik beradik tanpa bertanya? Berapa kerap kita membantu adik beradik kita tanpa bertanya cukup ke tak, ada ke tak, perlu ker tak (dalam apa jua keadaan)?. Sedangkan kita tahu membuat kebaikan itu mudah dan tidak perlu bertanya. Ayuh para pembaca memupuk sedekah didalam kalangan adikberadik kerana ganjaran yang besar disisi ALLAH insyaALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment