Sunday, 27 May 2012

proses kehidupan

kenapa kita takut akan kehilangan
kerana kita tahu bahawa keadaan  akan berubah
kerana kita tahu hubungan akan ada batasnya
kerana kita tahu bahawa kita belum bersedia
tetapi paling kita takutkan kita telah menafikan takdir yang telah tercipta untuk kita,
nauzubillah, astargfirullahal'azim

setiap pertemuan pasti akan ada perpisahaan
hargai masa bersama selagi diberikan peluang dariNYA
jangan menyesal dan ditangisi  bila masa itu telah pergi
usaha untuk menjadikan hari2 bahagia
walaupun di tempuh dengan ombak badai yang menganas
tetaplah kukuh seperti karang dilautan
dan pasir dipantai
yang kedua-duanya setia menemani pantai
walaupun dibadai arus yang kuat

andai perpisahan itu berlaku
belajar dari kesengsaraan itu
kerana ia berlalu dengan masa
maka isilah hari2 yang sedih itu
dengan pengisian yang bermanfaat
untuk spritual dan psikologi

jangan diisi dengan tangisan dan dendam
kerana proses ini sentiasa berlaku dalam kehidupan
tanpa disedari
cuba dihitung sudah berapa banyak pertemuan dan perpisahan yang berlaku
pasti banyak,
cuba difikir apa yang kita lakukan semasa menempuh keadaan itu
cara yang bagaimana kita berjaya menghadapinya
maka guna lah cara itu
insyaALLAH redha ALLAH bersama

No comments:

Post a Comment