Seorang hamba
Bila tiada lagi tangisan pada dosa
Tenggelam dalam nafsu dunia
Hati bukan lagi pada syurga
Seorang hambaBila tiada lagi tangisan pada dosa
Tenggelam dalam nafsu dunia
Hati bukan lagi pada syurga
Berlari tanpa tujuan
Maksiat menjadi bahan tawaan
Terus berada di landaan kesesatan
Seorang hamba
Tidak peduli pada teguran TUHAN
Neraka bukan lagi alasan
Tiada resah dan gelisah pada perbuatan
Seorang hamba
Bukan ketakutan tapi kepuasan
Melihat dunia sebagai jaminan kegembiraan
Padahal amal kejahatan ditulis malaikat sebelah kiri
Dimana kesedaran?
Seorang hamba
Pendosa tempatnya kelak paling teruk
Dibakar nyalaan api yang besar
Kerana setiap dosa akan ada balasan
Sekecil zarah sekalipun
Seorang hamba
nyawa masih diberi pinjam
Bertaubatlah dan berharap
Jangan jadikan setiap sujud itu sia-sia
Seorang hamba
Bersihkanlah diri dari dosa semalam
Beristighfar jauhi hasutan syaitan
Hati bukanlah kuat seperti akar tunjang
Seorang hamba
Masih ada peluang
Pergilah pada cahaya yang terang
Percayalah pada ampunan TUHAN.....
Astaghfirullahahla'zim
Bertaubat sebenar2 taubat
Bila tergelincir ingatlah pada
Maha Pencipta yang mencipta jasad
Ya ROBBI ampunilah dosa-dosa kami
;(
No comments:
Post a Comment