Sunday, 18 November 2012

Tersirat



Angin membawa cinta
Ke mana mahumu
Bila hati sering bertanya
Mana tempat pilihanmu di sana
Terus tangan ke dada tanyalah iman kita

Tindaklaku ingin berjasa
Supaya hidup ada makna
Namun menempuh duri halangan
bukan seperti mengemam gula-gula
apa yang dicari belum noktahnya

perlu paksa diri untuk terus berlari
bukan hanya berdiam diri
jika tiada langkah yang diberi
apa beza dulu dan kini
hanya lidah berani berkata sendiri
jadi apa tunggu lagi, berhijrahlah pada janji yang mungkin telah dimungkiri

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mu'minuun:115)

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzaab :72)

No comments:

Post a Comment