Monday, 30 January 2012


Doa menghindari rasa marah

اَللَّهُمَّ بَرِّدْ قَلْبِيْ بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ. اَللَّهُمَّ نَقِّ قَلْبِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ.

Maksudnya: Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, kesejukkan dan air sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kekotoran.
(Riwayat at-Tirmizi)

Tuesday, 24 January 2012

Setitik embun dihati

Memandang cinta jauh nun diufuk merah
Merungkai kata dengan jiwa berserah
Mengusik rasa dalam resah yang tak sudah
Memimpin ilham kearah mimpi yang indah,

Biarlah serendah anai-anai di dalam tanah
Biarlah juga setinggi burung terbang di awan
Namun tidaklah ALLAH menilai pada tinggi atau rendah
Tapi pada titik keringat yang dikerah
Pada amal yang dicurah
ooowhhhhh...Ingin ku lepas keluhku
Pada-Mu Tuhan penyayangku
Ku akui semua dosaku
Meski tersipu tertunduk malu
Jiwa dan hati tertutup debu
Akan ku terkurung nafsu
Ketaatanku tertimbun penuh dosaku
Tuhan tutupi aibku
Wahai hawa,
Cinta sejati, bukan dari mata turun ke hati…
Tetapi hati turun ke mata…
Kerana hati yg mengawal mata bukan mata yg mengawal hati…
 
Masakan raja mengawal rakyat bukan rakyat mengawal raja…
Wahai hawa,
Dikahwini perempuan itu atas empat perkara…
Harta, keturunan, rupa dan agama…
Tetapi kahwinilah atas dasar agama…
Nescaya kamu akan mendapat segalanya…
 "Bila jiwa menangis"
Mengembara di tanah gersang
Menampak arus pasir yg semakin hilang
Mencari sinar dalam kegelapan
Terkapai2 aku kepayahan

Kemungkinan sepi hati itu
Kemungkinan menangis lagi jiwa itu
Terkaku dalam menggapai ruang
Sebutir bintang yg kian suram

Dia HatiDHati


adik & kakak

Ya ALLAH ku bersyukur kepadaMU
Atas pertemuan yang kian terpupuk
Ku ingin menjadi yang baik untuk dirinya
Membantu apa yang termampu ku berikan dengan izinMU
Terlalu banyak pengorbanannya untuk ku
Tidak termampu untuk aku membalasnya
Hanya doa ku panjatkan pada MU
untuk sentiasa melindungi dan memberi kebahagiaan kepadanya
Di dunia dan akhirat
Walaupun terkadang sikap dan tindakan ku menyakitinya
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu,majlis-majlis zikir, ilmu dri buku2 ilmiah yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
SAHABAT
bukan 1 tp berjuta
bukan untuk diguna tp untuk dijaga
bukan untuk dimusuhi tp untuk disayangi
bukan untuk sementara tp untuk selamanya
bukan untuk dilupa tp untuk diingati
bukan untuk ditinggalkan tp untuk dirindui
bukan hya di sini tp d mana2

HAWA
Sehalus dan selembut ciptaannya
Menjadi pendamping adam idaman
Setiap insan dijadikan berpasangan
Kerana itu mereka saling memerlukan
Hidup tidak bererti tanpa teman
Sebagaimana malam tanpa kesiangan
HAWA
Dihiasi kelembutan dan sifat keibuan
Takut dan malu hiasan diri
Tiada diberi pada adam
Jagailah anugerah ILLAHI
Semaikanlah kemurnian dihati
Halus budi pekerti
Jadilah wanita yang diredhoi
Ibu dan isteri mithali
Mencari dunia dan akhitrat yang diberkati

Wednesday, 18 January 2012

Membuih kata meresap dijiwa

Tari jari mula melakar
Mencoret rahsia hati
Berteman rintik sepi
Sekadar bisikan pada diri
Indahnya anugerah ILLAHI

Kehadapan cinta yang bukan ukuran
Keindahan rasa yang juga bukan mainan
Terbuku, terkatup rapat
Kerana mungkin masih dalam pencarian
Kerana mungkin juga masih dalam genggaman

Sejenak kisah

"Andai waktu itu adalah halangannya, ingin aku berjalan di atas waktu itu, Berputar mengikut lawan jam, Andai ombak itu adalah benteng badainya, ingin aku melakar rindu ini diatas batu supaya gelombang itu boleh menghakisnya, Andai angin ini semilirnya, ingin aku menyampaikan kata-kata biar terus begerak melalui rasa. Andai diam itu jawapannya, ingin aku menunggu disebalik tirai penantian, dan biarkan segala resah itu berlalu begitu sahaja"

"Indahnya malam dengan bulan tersenyum, Taburan jutaan bintang dilangit masih bgemerlapan, Merenung kisah hari ini dengan tarian kesedihan, Bisakah perjalanan yang berbaki ini aku mendapatkan?? Ampunkan aku Tuhan kerna terlalu banyak meminta dariMu, sedangkan Engkau telah memberi banyak padaku, Alpanya aku dalam mencari cintaMu,ALLAHUROBBI"