Setitik embun dihati
Memandang cinta jauh nun diufuk merah
Merungkai kata dengan jiwa berserah
Mengusik rasa dalam resah yang tak sudah
Memimpin ilham kearah mimpi yang indah,
Biarlah serendah anai-anai di dalam tanah
Biarlah juga setinggi burung terbang di awan
Namun tidaklah ALLAH menilai pada tinggi atau rendah
Tapi pada titik keringat yang dikerah
Pada amal yang dicurah
Jadilah kita rendah dibawah
Dengan segenap usaha yang yakin
Dengan setulus cinta pada ILLAHI
Bukan mereka yang dilangit yg indah
Tanpa usaha tapi dengan segala yang mudah
Tanpa langkah ikhlas hanya dengan sekadar resah
Hiduplah seperti merak yang indah
Atau hanya kecil umpama semut di bawah
Asalkan hidup untuk Allah
Pasti tetap tinggi di mata Allah
Rajin semut di bawah
Lebih mulia dari bongkak merak yang indah
Yang penting langkah kerana Allah
Bila kita jauh dari ALLAH
Diberi tanggungjawab kita tak endah
Diberi ujian kita sudah mengalah
Ini bukan lagi lemah, malah lebih susah
Kalau benar hidup untuk Allah
Dekat dengan ALLAH
Biarlah di atas atau di bawah
Bila diberi tanggungjawab kita amanah
Diberi ujian kita tabah dan gagah
Itulah kehidupan tinggi di mata Allah
MasyaALLAH, itulah sebenar yang indah
Biarlah hanya dengan sebutir pasir bukan batu
Seandainya dengan batu kita takbur
Biarlah juga dengan segugus bintang bukan bulan
Seandainya dengan bulan kita hebat
Biarlah hanya dengan bunga tahi ayam bukan mawar
Seandainya dengan mawar kita riak cantik
Biarlah juga dengan mutiara bukan berlian
Seandainya dengan berlian kita tamak
Kerana sederhana merendah itu yang dihitung
Dan biarlah semua kerana ALLAH
Adakah sama kita dengan mereka dimata ALLAH?
Melihat, berfikir dan bertanya
Dimana kedudukan kita
Tinggi atau rendah asalkan untuk ALLAH
No comments:
Post a Comment