Tuesday, 24 January 2012

 "Bila jiwa menangis"
Mengembara di tanah gersang
Menampak arus pasir yg semakin hilang
Mencari sinar dalam kegelapan
Terkapai2 aku kepayahan

Kemungkinan sepi hati itu
Kemungkinan menangis lagi jiwa itu
Terkaku dalam menggapai ruang
Sebutir bintang yg kian suram
Dosa itu terus mengalir
Terus bergetar dalam jiwa
Dihambat keresahan semalam
Kerana langkah sebelumnya yg curam

Kini perit menyusur denai-denai cinta
Kini takut menempuh derita
Kini jauh menghurung sengsara
Dalam mencari titik bahagia

Betapa aku malu kerana pernah terlena
Di atas semua nikmat itu
Namun KAU masih memberi jawapan
Namun KAU masih memberi kesempatan

Aku tiada apa-apa di hadapan MU
Hanya si kerdil yang ingin mencari redha MU
Bawalah aku untuk terus terjaga
Dalam kesulitan mencari cahaya
Yang pernah hilang dari jiwa...

ya ROBBI

No comments:

Post a Comment