Wednesday, 18 January 2012

Sejenak kisah

"Andai waktu itu adalah halangannya, ingin aku berjalan di atas waktu itu, Berputar mengikut lawan jam, Andai ombak itu adalah benteng badainya, ingin aku melakar rindu ini diatas batu supaya gelombang itu boleh menghakisnya, Andai angin ini semilirnya, ingin aku menyampaikan kata-kata biar terus begerak melalui rasa. Andai diam itu jawapannya, ingin aku menunggu disebalik tirai penantian, dan biarkan segala resah itu berlalu begitu sahaja"

"Indahnya malam dengan bulan tersenyum, Taburan jutaan bintang dilangit masih bgemerlapan, Merenung kisah hari ini dengan tarian kesedihan, Bisakah perjalanan yang berbaki ini aku mendapatkan?? Ampunkan aku Tuhan kerna terlalu banyak meminta dariMu, sedangkan Engkau telah memberi banyak padaku, Alpanya aku dalam mencari cintaMu,ALLAHUROBBI"

‎"Cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa, Cinta soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman, Cinta boleh melangkaui dimensi dan generasi, Kita mencintai ALLAH tanpa melihat dgn mata, Kita mencintai Rasulullah yang tidak hidup sezaman dgn kita pun, Kita mencintai orang disekeliling kita dengan bahasa rasa, Itulah cinta, kuasa luar biasa yang bertapak dihati... Pandanglah cinta itu dengan kasih sayang, kerana mata itu jendela bagi hati, dengan getaran rasa mengikut nada dan melodi yang sangat harmoni seindah pelangi terkesan di kotak hati..

No comments:

Post a Comment