Wednesday, 18 January 2012

Membuih kata meresap dijiwa

Tari jari mula melakar
Mencoret rahsia hati
Berteman rintik sepi
Sekadar bisikan pada diri
Indahnya anugerah ILLAHI

Kehadapan cinta yang bukan ukuran
Keindahan rasa yang juga bukan mainan
Terbuku, terkatup rapat
Kerana mungkin masih dalam pencarian
Kerana mungkin juga masih dalam genggaman



Kisah rasa masih tetap disitu
Berlari, menari mencoret diari hati
Merungkai maksud yang tersirat
Bila hadir itu jauh jiwa mula tergugat
Namun pasrah bila tanpa jawapan terikat

Ku tunggu dengan harapan
Ku seru dengan doa impian
Ku rindu dalam kepayahan
Demi mencari sebutir bintang
Yang kelipnya tak mampu ku petik dengan tangan

Tabir pemisah itu masih ada
Pada Tuhan ku pinta
Menemui jiwa dengan jiwa
Biarpun sekadar kata-kata
Namun sesuatu dihujung hati itu kian ketara

No comments:

Post a Comment