Hanya kebisuan membantu segalanya
Merungkai dgn sebab
Merintih sekadar daya
Namun tahu krn esok adalah dgn usaha
Mampu hanya dgn ucapan
Tanpa kekuatan dgn kudrat
Sekalipun seri di wjah tiada
Sentiasa bermimpi kebahagian
Masih melangkah dgn harapan
Patut bertahan
Demikian mungkin terlelap seketika
Tabah mengutip sinar yg nyata
"Sesejuk hati merasa, Seindah bicara melakar, Sehebat cintamu ya ROBBI, Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang"
Friday, 15 June 2012
Wednesday, 13 June 2012
Daun itu
Sehelai daun dihujung dahan
meliuk lentuk ditiup bayu kedamaian
bangga ke kiri dan ke kanan
mencari haluan belum dipastikan
Sehelai daun dihujung dahan
ditimpa hujan lalu basah
dipancar panas yang terik
demi perjalanan yang mungkin masih panjang
Sehelai daun dihujung dahan
bersama waktu menerjah kehidupan
semakin hari semakin kelam
bila umur menjadi persoalan
Sehelai daun dihujung dahan
tidak mampu bertahan
bila kemarau berpanjangan
hanya berserah sekadar kemampuan
Sehelai daun dihujung dahan
gugur tanpa teman
dibawa bersama angin kesuraman
tanah tempat jatuhnya nyawa kehidupan
Sehelai daun dihujung dahan
dimamah usia kereputan
tiada yang tinggal hanya kenangan
bersemadi dimana sepatutnya dikembalikan
Tentang Hati
Duhai hati yang semakin malap
kemana pergi cahaya disebalik gelap
hati yang sakit kerana tiada cinta kepada ALLAH
hati yang gelisah kerana tiada rindu kepada ALLAH
hati yang sepi kerana lupa kepada ALLAH hati yang tamak kerna tidak bersyukur kepada ALLAH
apabila hati kecundang di dunia
maka tidak terlihatlah baginya sinar cinta
tidak tenangkah hati itu?
hanya dukacita hanya kesukaran
hilang dalam mencari keseronokan
daki serta kekotoran tercemar
tiada yang tingal hanya yang hitam
kekeringan memenuhi bekas hati
hati itu masih disini
hati itu yang satu perlu dibersihkan
hati itu perlu kukuh
kerana dunia atasnya kepalsuan semata-mata
jangan sesekali jauh daripadaNya
biarlah hati itu dibaluti iman
sebati dalam jiwa
bertapak teguh kerana akar cinta itu dihati
Rasa dihujung nyawa
Andai rasa itu menjdi bebanan
pandanglah ke atas tadahi syukur itu
dengan telapak tanganmu, Andai rasa itu jadi taruhan
pandanglah ke bawah befikir
kamu sebenarnya beruntung
kadangkala nafsu terus bernafas
tanpa tega kita mengelak
padahal kita mampu menjadi
seperti payung yang lekuknya
melindungi hujan yang keras
terkurung mencari sinar disebalik mentari
terus hilang tanpa sedar, tanpa celik
lantunan bunyi guruh berdentum
gelap, pekat
tapi nafsu masih mengaum
Andai rasa itu masih terpendam
jawablah sang jiwa yang perlu kembali terang
sentuhlah hati untk sentiasa mengharapkan kebaikan
tempuhilah denai kehidupan,
layari dengan nakhoda keimanan
~JIKA TERAKHIR BUATKU~
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara
Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakan-Mu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba
(CINTA ALLAH CINTA ABADI)
Monday, 11 June 2012
APA ITU ZINA HATI ???
Apa itu Zina Hati?
* Soalannya, “Boleh tak buat post tentang zina hati??”
Sabda Rasulullah…
“Zina
mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya
bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati
zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan
(direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
Subscribe to:
Posts (Atom)