Wednesday, 13 June 2012

 Tentang Hati
Duhai hati yang semakin malap
kemana pergi cahaya disebalik gelap
hati yang sakit kerana tiada cinta kepada ALLAH
hati yang gelisah kerana tiada rindu kepada ALLAH
hati yang sepi kerana lupa kepada ALLAH
hati yang tamak kerna tidak bersyukur kepada ALLAH
apabila hati kecundang di dunia
maka tidak terlihatlah baginya sinar cinta

tidak tenangkah hati itu?

hanya dukacita hanya kesukaran
hilang dalam mencari keseronokan
daki serta kekotoran tercemar
tiada yang tingal hanya yang hitam
kekeringan memenuhi bekas hati

hati itu masih disini

hati itu yang satu perlu dibersihkan
hati itu perlu kukuh
kerana dunia atasnya kepalsuan semata-mata
jangan sesekali jauh daripadaNya
biarlah hati itu dibaluti iman
sebati dalam jiwa
bertapak teguh kerana akar cinta itu dihati

No comments:

Post a Comment