APA ITU ZINA HATI ???
Apa itu Zina Hati?
* Soalannya, “Boleh tak buat post tentang zina hati??”
Sabda Rasulullah…
“Zina
mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya
bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati
zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan
(direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu ‘Tasawwuf’. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh orang-orang sebarangan.
Berikut adalah soalan-soalan famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..
Kemusykilan Pertama: “Apakah maksud detail zina hati?”
Al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu:
- Berhasrat
- Berharap
- Membanyangi
Jika
dilihat daripada terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang
mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimana pun, huraiannya
tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab
tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.
Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur’an:
“janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)
Lalu,
apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan
semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam
kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yang
dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang
mendorong ke arah penzinaan”. Harap maklum.
Kemusykilan Kedua: “Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”
Al-jawab:
Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua
maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga
menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu
adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg
dihalalkan?
Jawapannya,
perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya
termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan
halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi
tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun,
bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya
akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu
tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan
kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak
memudharatkan diri.
Kemusykilan Ketiga: “Abeh tu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”
Al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
Ia
boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda,
ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi
sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak
akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih-lenih lagi jika kita
membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina
hati. Ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(Rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)
KESIMPULAN
Sesuatu
yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga
perkara-perkara yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan
kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan
daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.
Seperti
juga kemusykilan kedua tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana
ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi,
sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika
dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya.
Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam
perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin.
Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi
walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.
Namun,
bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara-perkara seperti ini dan
tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja
melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesungguhnya, apa halal itu tetap
halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada
seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan
manusia skeliling yang tidak elok.
TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. YANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU..
Sekian dariku yang terAMAT..AMAT..AMAT.. Dhaif..
Thanks:
by: Karya Muhammad Alfateh (
by: Karya Muhammad Alfateh (
No comments:
Post a Comment