Tuesday, 28 February 2012

Saya, Awak dan ALLAH

oleh Layla Juma

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami). (Adz-Dzaariyaat 51:49)

Monday, 27 February 2012

Untuk Kamu

Hadiah ini untuk kamu
Simpan jadikan kenangan
Ketika kerinduan

Hadiah ini untuk kamu
Guna seandainya diperlukan
Sepanjang langkah kehidupan

Hadiah ini untuk kamu
Hargainya selagi ada
Biarpun reput dimamah zaman

Sunday, 26 February 2012

Rindu

Di sini aku melihat
Kerdipan cinta bintang dilangit
Berkelip mewarnai rona tersendiri
Berkisah tentang getar hati

Angin desirnya sayup menyisir kerinduan
Ingin disampaikan cerita kenangan
Ditepis tetap datang jua harapan
Melabuh dihujung ingatan

Mungkin sesekali sesak nafas menahan
Namun biarlah mengikut tarian haluan
Kerana rindu masih cuba bertahan
Mengejar mimpi yang kian hilang dari pandangan

Berikan lakaran ini kepada pemilik hati
Biarpun jauh tapi bererti
Kataku mungkin akan mungkir di sini
Kerana rindu aku ingin kembali

Saturday, 25 February 2012

Tuesday, 21 February 2012

""Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. ( Nuh:10-12)
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kpd kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yg kafir" (Al-Baqarah 2:250)
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami, & kurniakanlah kpd kami limpah
rahmat dr sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yg melimpah-limpah pemberianNya." (A-li'Imraan 3:8)
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa2 kami & peliharalah kami dr azab neraka" ( A-li 'Imraan 3: 16)
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru(Rasul) yg menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kpd
Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami, & hapuskanlah drpd kami kesalahan2 kami, & matikanlah
kami bersama orang2 yg berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kpd kami pahala yg telah Engkau janjikan kpd kami melalui Rasul2Mu, &
janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji" ( A-li 'Imraan,Ayat 3: 193 & 194)
"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kpd kami, & matikanlah kami dlm keadaan Islam(berserah bulat-bulat kepadaMu)" ( Al-A'raaf,Ayat 7: 12)
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim" ( Asy-Syu'araa' 26 : 83~85 )
" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".(An-Naml 27:19)
 Doa Nabi Sulaiman..
"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".(Al-A'raaf 7:151)
"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan""Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku" (An-Naml : 19)
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." (Surah Ali 'Imran:3)
“Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau menyiksa kami kerana lupa atau bersalah. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami dalam mengalahkan orang-orang kafir.” (Al-Baqarah: 286)
“Wahai Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.” (Al-Mukminûn: 29)
“Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh, serta jadikanlah lidahku agar dapat menuturkan pertuturan yang baik bagi orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang mewarisi syurga yang penuh nikmat.” (Al-Syu’ârâ’: 83-85).

Sunday, 12 February 2012

Tanbih: Kerendahan Hati Pada ALLAH

Apabila kita mendekati ayat-ayat Allah atau menerima saranan-saranan untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah.....hati kita perlu ada sifat kerendahan (tawaddhu') untuk menerimanya. Rendah hati untuk menerima kalimah Allah yang tinggi........tiada sedikit pun sifat ego atau sombong diri yang terselit di jiwa! Secebis sifat ego (sombong atau takabbur) ini akan menyebabkan hati susah nak tunduk dan tidak bersedia untuk kembali pada Allah! Firman Allah dalam surah Al-Mukmin :35 yang bermaksud.........
" Dan demikianlah Allah mengunci mati hati orang -orang sombong dan sewenang-wenangnya."
Bila kita ego atau sombong........hidayah Allah susah lekat di jiwa.....perlu di buang dan dikikis habis dalam diri.......perlu ada kesungguhan nak buang sifat ini !!

Sifat Ego/Bangga diri

Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Setiap manusia di muka bumi ini berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu kita hidup di bumi ini perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ibaratkanlah hidup kita sebagai batu-bata untuk membina rumah. Sekiranya kurang satu batu-batu itu, maka tidak lengkaplah rumah yang ingin dibina.
" Wahai TUHANku, ampunkan dosa2 yg telah aku lakukan di masa lampau dan di masa kemudian, juga dosa2 yg ku lakukan secara sembunyi dan secara terang-terangan dan segala dosaku yg Engkau lebih tahu dariku. Engkaulah TUHAN yg Maha Berkuasa mendahului sesuatu dan Engkaulah TUHAN yg Maha Berkuasa mengkemudiankan sesuatu. Engkaulah TUHAN yg Maha Berkuasa di atas segala sesuatu"

Tuesday, 7 February 2012

"Terimalah semua yg telah ALLAH berikan kpdmu & jadilh kamu termasuk org2 yg bersyukur"
( Al-A'raf:144)

Monday, 6 February 2012

Nikmat merasa

Di sebalik tirai subuh ku mencari langit yg kebiruan
Ku meredah resah dalam zikir pada TUHAN
Suram bagai menyambut butiran dosa semalam
Bila sujud cinta yang didambakan
Dalam mencari pelangi di sebalik awan

Sepenuh Hati

Kelu lidah pena dicari
Ukiran rasa mula dilakar
Indah bahasa lukisan hati
Yang mula kembang mekar

Harapan untuk Pencipta Hati

TUHAN
Berikan aku kesempatan
menemui cinta dalam ketenangan
menemui rasa dalam pencarian 
bila hijrah itu mula kelihatan
“Rasa ini tidak akan dapat dihentikan oleh sebuah noktah, terkaku aku keliru dalam getar yang tak sudah, RABBI bantu aku untuk fahami rahsia ini, Dalam kepayahan mengetahui, Dalam kejauhan menyedari, Masih tercari-cari bahasa hati yang tersirat itu, bagai menunggu setitik air dihujung daun resah gelisah, hanya munajat cinta padaMU menyelimuti rasa gundah, dalam merungkai cerita disebalik genggaman yang sedikit susah,namun masih tetap disitu qalbuku, kukuh rasa itu kerana mungkin akan bertemu dia di Raudhah”

"Aku rindu ALLAH"


Selangkah sinar

Jika diraut pohon diseluruh benua dijadikan tinta
Tidak terdaya sang pencari untuk melakar
Dalam gelap hilangkan cerita duka
Mencari secebis bahagia bukannya sukar

‎"Setiap jiwa akan merasakan kematian?" (QS Ali 'Imran [3]: 183)

‎"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya sambil berkata 'Keluarkanlah nyawamu! Di hari ini, kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah perkataan yang tidak benar, dan karena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya" (QS Al-An'am [6]: 93)
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”.
(Az-Zumar, 39: 10
Cintaku padaMU adalah Air, yang selalu mengalir, dan tidak berpaling, yang selalu mengalir, dan tidak berubah, yang selalu mengalir, dan tidak berakhir...Malamku menjadi fajar yang indah karenaMU ya RABB, Cintaku padaMU umpama seberkas cahaya terang dalam kegelapan malam..aku masih mencari dan berharap untuk menjumpainya, Jika mencintaiMU hanyalah mimpi bagiku, maka biarkan aku tertidur selamanya, kerana aku ingin merasai dan biarkan rasa itu hadir, CintaMU adalah hal terbaik dan paling indah di dunia, tidak dapat dilihat atau bahkan disentuh sekalipun...Ya RABB, sejukkan jiwaku dengan kasih sayangMu dan biarkan simfoni cintaku padaMu berlagu dengan indah, Ya RABB jgn sesekali Engkau jauh kerana aku takut seorang diri tanpa cahayaMu, jangan sekalipun Engkau pergi meninggalkan aku,aku menjadi semakin kuat ketika aku rapuh dan terjatuh bila aku tahu Engkau memerhatikan aku, Ya RABB indahnya bila aku menemuiMU dalam setiap langkahku, melihatMu dari redup mataku, mendengarMu dari cuping telingaku, merasaiMU dengan jiwaku. ..ALLAHUROBBI, terima kasih TUHAN untuk peluang ini,

Penantian dihujung waktu

Air itu sekadar menitis digegendang telinga hambarnya
sayup jauh mendengar tanpa cerita
dalam memungar rasa indah ini tanpa kata-kata
mencari jawapn kpd rahsia cahaya

Rahsia rasa

Ya ROBBI
Di belakang tabir itu mencatur lagu
mengulit rasa alunan syahdu
teguh cinta keranaNYA masih utuh disitu
terusik jiwa fitrah sang perindu
ALLAH Tuhanku ALLAH Tuhanku
Tiada Tuhan selain ALLAH
Jadikan kami anak yang soleh
Ya ALLAH Tuhan yang suci
Hanya padaMu ku meminta
Kuatkanlah iman kami
Jadikan kami anak yang soleh
ALLAH Tuhanku ALLAH Tuhanku
Tiada Tuhan selain ALLAH
Jadikan kami anak yang soleh
Ya ALLAH Tuhan yang suci
Jangan tinggalkan diriku
Terangi jalan hidupku
Hanya Engkau harapanku
Jadikan kami anak yang soleh
ALLAH Tuhanku ALLAH Tuhanku
Tiada Tuhan selain ALLAH
Jadikan kami anak yang soleh 2x
(Haddad Alwi- Jadikan kami anak yang soleh)
Sungguh telah Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali yang beriman dan mereka yang beramal soleh,maka mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya. (At-Tin: 4-6)
Sendiri Menyepi
tenggelam dalam renungan
ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari… mengapa diriku hampa…
mungkin ada salah… mungkin ku tersesat…
mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis… menyesali diri… mengapa terjadi

sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku

Perlahan kucari… mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat…
mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi…
ingin ku menangis… menyesali diri… mengapa terjadi

sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri…aku merasa sendiri

sampai kapan begini
resah tiada bertepi…Ooohh
kuingin cahyaMu

benderang di hidupku


by : EDCOUSTIC
Ya ALLAH..hati ini hanya Engkau yang mampu membolak balik kan..Aku mohon Ya ALLAH, janganlah Kau biarkan aku sendiri menyepi tanpa merasakan setiap nikmat yang Kau berikan kepadaku. Jaga lah hati ini Ya ALLAH. Aku mohon Ya ALLAH. Aku rayu Ya ALLAH. Diri ini terlalu banyak melakukan dosa kepada-Mu dalam sedar mahupun tidak Ya Robbi..Ya Muhaimin..Ya Rahman..Ya Rahim..

Sentiasa memerlukan bimbingan-MU ya ALLAH. Kuatkanlah aku walaupun disisi manusia aku sering lemah. Aku sering kalah. AKu sering bermain dengan perasaan sendiri. Aku tidak memerlukan manusia untuk memahami ku. Cukuplah sekadar Kau berikan petunjuk kepadaku Ya ALLAH. Bantulah aku untuk melakukan yang terbaik. Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah manusia yang sentiasa memberikan manfaat kepada yang lain. Sendiri tidak bermakna akan sentiasa kalah mahupun berkeseorangan. Mohon Ya ILLAHI. Kuatkan aku biarpun aku terpaksa sendiri di muka bumi ini. Aamiin Ya RABB..
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. ( Nuh:10-12)
"Ya ALLAH, tuntunilah hati kami ke jalanmu, mencari cahaya mu, ampunilah dosa2 kami walaupun sebanyak buih dilautan, biarpun sebyak dedaun di pokok, walau sebyak pepasir dipantai, dan walupun sbyak hari didunia, jauhkalah kami dari musuh2 yang ingin menjajah kerajaan hati kami" Aamiin..
"Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Ratapan demi cintaMu

Ya Allah.. Lemahnya Diri Ini
“Yaa muqollibalquluub tsabbit qolbiy alaa diinika”
(Wahai Dzat yang membolak-balik hati, kukuhkan hatiku tetap berada di atas agamamu
"Ya ALLAH, Kau perbaikilah agamaku, kerana itulah yang memelihara urusanku, dan Kau perbaikilah duniaku, kerana disitulah aku hidup, dan perbaikilah akhiratku, kerana disitu kelak akan aku dikembalikan. Jadikanlah kehidupan ini sebagai satu tambahan dalam setiap kebajikan aku laksanakan, dan Kau jadikanlah kematian itu sebagai satu istirehat untuk aku dari segala kejahatan"
(Riwayat muslim, dari Abu Hurairah r.a)

HatiDHati>LJM<
Satukan hati-hati kami agar terus subur meraih kasih SayangMu, Kuatkan iman kami, Tetapkan akidah kami, Tingkatkan semangat mujahadah kami Ya ALLAH

Saidatina Khadijah Binti Khuwalid

BIODATA:-
Wanita pertama memeluk islam
 Nama: Khadijah binti Khuwalid
Keturunan: Keluarga mulia & beharta
Kerjaya: Ahli perniagaan berjaya
perkahwinan: Isteri pertama Rasulullah ( berkahwin dgn baginda ketika berusia 40 tahun
Tarikh wafat: 620M, 3 tahun sblm hijrah ( dikurniakan 6 orang anak)