Saturday, 25 February 2012

Serumpun Sayang

Hari ini saya melihat kasih sayang.
Seorang anak membantu ibunya menjaja kuih sambil membawa bakul kuih tu. Sangkaan saya mungkin anak itu baru berumur 7 @ 8 tahun. Tanpa kasih sayang pengorbanan itu tidak akan terjadikan?. Berkorban untuk ibu, demi sesuap nasi yang ditagih. Saya rasa terharu  dengan cinta itu.  Benar sayang itu dari hati kan, sebab kasih sayang tu akhlak kita, Allahurobbi. Budak sekecil 8 tahun pun tahu erti kasih sayang. menolong serta membalas jasa ibunya. Bagaimana pula dengan kita yang ALLAH berikan akal yang sangat sempurna ini. Fahamkah kita? Namun hanya segelintir sahaja yang faham @ selebihnya buat2 tak faham ertinya. Ada yang kata sayang tapi memukul, ada kata sayang tapi menampar, ada yang kata sayang tapi mengurung, ada kata sayang tapi ditinggalkan. Adakah itu sayang?.
     Allah tumbuhkan anugerah itu dalam diri setiap insan, sangat manis bagi mereka yang memahami dan menghargai kasih sayang itu. kita memberi pada mereka yang dambakan kasih sayang dan percayalah kita akan menerima balik apa yang kita dah beri tu malah bertambah lagi. Tak perlu kedekut dengan kasih sayang itu  yer sebab hidup kita bila ALLAH memberi untuk kita beri jugak pada orang lain. Kita berkongsi satu cerita, berkongsi satu rasa dalam satu rumpun yang harmoni. Cantik sungguh fitrah ini kan. kita tak pernah kenal, jauh sekali bertemu, tapi ALLAH tumbuhkan rasa itu disini (Hati) kita. Orang kata tak kenal maka tak cinta, tapi bila dah kenal tak semestinya bercinta. Bagi saya bila dah kenal mestilah bertambah-tambah cinta kan. Harga sebuah kasih sayang tidak ternilai kurniaan dari yang Esa kepada hambanya. Kasih sayang ibu-ayah terhadap anaknya, kasih sayang bersama adik beradik kita, saudara-mara dan rakan taulan. Seperti berada dibawah rumpun langit yang indah, damai dan tenang hanya dengan secubit kasih sayang. Tapi semuanya dengan izin ALLAH debunga itu tumbuh disitu (Hati). Kemudian debunga itu terbang dibawa angin dan singgah dihati yang lain pula. Terima kasih kerana masih memberi kasih sayang itu, dan masih bertapak disini (Hati), saya akan bajai dan siram supaya ia tumbuh merumpun makin banyak. Saya sayang kamu lebih.

No comments:

Post a Comment