Tuesday, 28 February 2012

Saya, Awak dan ALLAH

oleh Layla Juma

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami). (Adz-Dzaariyaat 51:49)

Cerita ini di antara saya, awak dan ALLAH. Sangat indah untuk dilafazkan kerana ianya sekadar 'rasa' daripada kata-kata, bukan daripada keindahan bahasa dan susunannya. Kerana rasa ini tidak dapat diberhentikan oleh sebuah noktah. Ia akan terus berbicara dalam bahasa hati, tanpa kata dan tanpa suara. Dan dari itu saya akan terus bercerita dengan tinta hati ini, keindahan rasa hati saya bila saya dan awak bertemu di sini. Fitrah itu apabila kita saling melengkapi di antara satu sama lain.  Melengkapi di sini adalah apabila kita ( Hamba) ALLAH ciptakan berpasang-pasangan. Lelaki dengan perempuan, malam dengan siang, tangan kanan dan kiri, pemimpin dan rakyat, kaya dengan miskin dll. Hebatkan ciptaan ALLAH, tidak tergambar dek akal kerana  kesempurnaan setiap ciptaan lukisan kehidupan dan alam ini. Apabila berpasangan kita perlu melengkapi, perlu bekerjasama, perlu mengimbangi dan juga perlu menyempurnakan diantara satu sama lain. 
     Apabila salah satu hilang maka cacatlah dan pelbagai masalah akan timbul. Kita menjadi resah diatas kehilangan itu. Macam kita kehilangan sebelah kasut, kita mesti tercari-cari dan berharap akan menjumpainya. Dan sekalipun kita tidak menjumpainya kita akan simpan kasut yang sebelah itu sebab kita 'sayang'. Begitulah ingin digambarkan seandainya kita juga kehilangan seseorang yang kita sayang dalam kehidupan kita. Sama juga jika awak hilang dari hidup saya, ia akan menjadi masalah kepada saya kerana kamu adalah pelengkap saya. Keserasian itu menjadikan kita pelengkap dan kita menerima segalanya. Saya perlu menerima awak dalam hidup saya untuk memenuhi kekurangan yang ada pada diri saya, begitu juga dengan awak, awak perlu menerima saya untuk memenuhi kekurangan yang ada pada diri awak. Dan jadikan kelebihan yang ada itu sebagai amanah untuk kita membantu di antara satu sama lain. 
     Biarpun kadang-kadang kita menjadi seperti langit dan bumi, ayam dengan itik, hitam dan putih  tapi yang pastinya kita tetap saling memerlukan.  Kita perlu sentiasa belajar dari kesilapan seandainya kita pernah melalui lorong yang salah.Awak sentiasa ingatkan saya dan saya ingatkan awak. Mudahkan, seandainya kita faham tugas kita  kerana kita mempunyai kualiti yang berbeza diantara satu sama lain dalam konteksnya kita saling 'memerlukan'. Dan awak juga kena ingat saya bukan hanya milik awak tapi milik orang lain juga untuk saya bawa mereka ke tempat yang selamat  jalan menuju redhoNYA pasti. Dan awak juga perlu faham  bertemu dan berpisah kita kerana ALLAH adalah sebaik-baik perancang, seandainya akan terjadi juga kehilangan itu setelah kita merancang. Saya dan awak perlu percaya dan yakin dengan ALLAH, kerana ALLAH itulah pelengkap terbesar dalam kehidupan kita. Kembalilah kepada fitrah dan nikmatilah anugerah  ini dan sedarlah kita saling memerlukan. Seperti kita sangat memerlukan ALLAH dalam kehidupan kita kerana tanpa ALLAH siapalah kita. Setiap langkahan adalah dengan izin ALLAH, berdoa, berusaha dan jadilah hamba yang bertakwa. Orang yang mencintai ketidaksempurnaan orang lain adalah insan yang paling sempurna hidupnya. 

Orang2 yg beriman lelaki dan orang2 beriman perempuan setengahnya menjadi pembantu bagi yg lain. Mereka menyuruh dengan ma'ruf dan melarang drpd yg mungkar
(At-Taubah : 71)

No comments:

Post a Comment