Sepenuh Hati
Kelu lidah pena dicari
Ukiran rasa mula dilakar
Indah bahasa lukisan hati
Yang mula kembang mekar
Percik-percik cinta yang terpantul
Bagai peneduh jiwa direlung kalbu
Jika wajah cinta itu cantik
Namun masih berlumur kepentingan duniawi
Jernihkan dengan selubung cinta ALLAH setulus hati
Cinta kan tumbuh & berkembang apabila landasan yg betul dikuti
nilai2 syariat dipatri
Kemudian terjemahkan cinta itu sebagai perasa dalam hati
Jangan lontarkan cinta itu dalam api yg marak
Nescaya kamu akan jatuh dan tak mampu bangun lagi
Jangan juga letakkan cinta itu didasar lautan
Nesaya kamu akan tenggelam dan tak mampu naik lagi
Cinta jgn separuh hati tapi sepenuh hati
Biarkan cinta itu terletak disitu dgn kukuh
Biarkan resah jiwa itu berlari-lari
& biarkan waktu sbg penentu
Kerana ALLAH pengatur hati itu
Untuk mencintai tak perlu modal
Sekadar cinta sesama insan dalam keikhlasan
Nescaya berkolam kelazatan iman di dalam jiwa akan kau temui
Hargai anugerah itu dengan banjirkan kasih sayang dalam qalbu
hanya percaya dan yakin untuk membuka pintu cinta itu.
No comments:
Post a Comment