Nikmat merasa
Di sebalik tirai subuh ku mencari langit yg kebiruan
Ku meredah resah dalam zikir pada TUHAN
Suram bagai menyambut butiran dosa semalam
Bila sujud cinta yang didambakan
Dalam mencari pelangi di sebalik awan
Ya RABB
Bukan bulan yang kupinta
Bukan jua bintang dihujung sana
Namun setitis air yang bersinar sudah cukup
Untuk bekalan sepanjang perjalanan
wahai si penjejak cinta ILLAHI
Indah jiwa itu bila hidup bertuhan
Indah cahaya itu bila kau temui jalan
carilah ia sebelum terlambat
kerana ALLAH tu dekat.
No comments:
Post a Comment