Sunday, 26 February 2012

Rindu

Di sini aku melihat
Kerdipan cinta bintang dilangit
Berkelip mewarnai rona tersendiri
Berkisah tentang getar hati

Angin desirnya sayup menyisir kerinduan
Ingin disampaikan cerita kenangan
Ditepis tetap datang jua harapan
Melabuh dihujung ingatan

Mungkin sesekali sesak nafas menahan
Namun biarlah mengikut tarian haluan
Kerana rindu masih cuba bertahan
Mengejar mimpi yang kian hilang dari pandangan

Berikan lakaran ini kepada pemilik hati
Biarpun jauh tapi bererti
Kataku mungkin akan mungkir di sini
Kerana rindu aku ingin kembali

No comments:

Post a Comment