Monday, 6 February 2012

Harapan untuk Pencipta Hati

TUHAN
Berikan aku kesempatan
menemui cinta dalam ketenangan
menemui rasa dalam pencarian 
bila hijrah itu mula kelihatan
TUHAN
Gelombang kepayahan mula terbentang
dengan tari ombak yang makin parah
hanya menanti belenggu yang terlerai ini
disebalik rintik hujan yang tak sudah
TUHAN
Dalam ketetapan waktu yang mungkin akan hilang
aku masih mencari Nur dalam jiwa
aku masih merangkak payah dalam menangung resah
bila nikmat yang masih tersisa ini aku abaikan
TUHAN
Setinggi mana aku naik tidak mampu untuk capai
anugerah kasih sayangMU yang indah
aku masih menantikan hadiahMU yang satu
cinta yang terulung cinta teragung
bukakanlah pintu hatiku
TUHAN
Berikan aku kesempatan sekali
jauhkan aku dari sunyi kebahagian
jauhkan aku dari pahit senyuman
kerana nafas yang dihela ini
aku inginkan ia bererti disini
qalbuku...
terima kasih ya ROBBI

No comments:

Post a Comment