Tapi aku cuba untuk mengungkap setulus kata
Dari rasa pelbagai cerita
Dengan apa yang dipinjamkan olehNya untukku
Mungkin sekadar hidangan halwa telinga
Samaada menerima @ menolak
Terserah padamu
Namun aku bersyukur kerana ada kamu
Untuk melihat dan mendengar
Semoga ALLAH menjaga kamu hingga ke syurga
Kerana perpisahan aku dengan kamu itu pasti
Dan selagi aku masih ada di dunia
Aku ingin berkongsi denganmu
Dan tempat tinggalku akan datang
Aku tidak tahu
Samaada lubang yg sempit
Atau lubang yg luas
Yang membuat aku lebih selesa
Aku berharap ALLAH akan memberi ganjaran
Dengan apa yg telah aku laksanakan didunia
Seperti yg aku dan kamu inginkan
ALLAH telah sediakan tempatnya
Aku tidak mampu mengelak dari sesuatu yg telah ditakdirkan
Hanya persiapkan diri menghdapinya
Maafkan aku kerana tidak mampu
Untuk menyediakan yg terbaik untukmu
Namun aku cuba untuk menjadi pohon peneduh itu
Aku cuba untuk menjadi cahaya itu
Dan aku cuba untuk menjadi selimut itu
Menjadi pelindungmu dalam waktu yg ada ini
Sebelum aku pergi meninggalkanmu
Bertemu Sang Pemilik yang Esa
ALLAHUROBBI, sayang kamu kerana ALLAH
No comments:
Post a Comment