Friday, 12 October 2012

Bagaimana kita mengukur rasa bahagia dalam hidup kita? Daripada apa yang sudah kita ada, Daripada apa yg masih kita tercari-cari ataupun daripada apa yang belum kita miliki?, Dengan rumah yang besar mungkin kita rasa bahagia, Dengan kereta yang mewah mungkin kita rasa bahagia, Dengan wajah yang cantik tanpa cela mungkin kita rasa bahagia, Dengan pakaian yang
 berkelip-kelip mungkin kita rasa bahagia, Dengan harta yang melimpah kita rasa bahagia, Dengan penampilan yang hebat kita rasa bahagia, Ya mungkin kan sesetengah orang memilih untuk menikmati rasa bahagia dengan cara itu kan, errrmmmm, bergantung atas penilaian masing-masing kerana setiap orang mempunyai pendapat tersendiri, Perlu hormati, Namun kebahagian sebenar itu berada di hati, Hati yang tenang, Hati yang ikhlas, Hati yang tiada buruk sangka, Hati yang bersifat terpuji, Bukan pada baju yang dipakai, Bukan pada kasut yang digunakan, Bukan pada istana tempat tinggal, dan juga bukan pada harta emas yang disimpan, Kebahagian itu diukur pada keimanan dalam hati yang dihiasi redhoNya, Kecintaan pada Rabbnya, kemuliaan pada maruah dirinya, Walaupun apa yang kita ada sekarang tidak sebanyak apa yang orang lain ada, Tidak sehebat apa yang orang lain ada, Tidak secantik apa yang orang lain ada, Tapi bersyukurlah dengan apa yang telah ALLAH berikan kepada kita pada hari ini, lebih banyak daripada dulu kan dan ianya sudah cukup untuk membuatkan kita rasa bahagia, Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment