Friday, 12 October 2012

Lakaran Bahagia

"Setiap orang mesti mengharapkan kebahagian dalam hidupnya kan, Dalam apa jua yang dilakukan, Mungkin saat ini hati kita sedang berduka, Bukan daripada apa yang kita harapkan, Apatah lagi daripada apa yang kita mahukan, Apa pun semuanya daripada ALLAH, Muhasabahlah diri kita dan kembalilah kepada ALLAH, ermm,,, Kadang-kala kita tidak mampu nak gambarkan kedukaan kita, Berhara
p ada orang mengerti apa yang kita rasa, Itu sudah cukup, Sokongan bahu untuk menyandar, Huluran tangan untuk digapai, Berbicaralah dengan orang disekitar, Orang yang paling kita percayai (Ibu, Ayah, Adik-beradik, sahabat yg jujur), Dengan itu sesungguhnya kita sedang meringankan beban dan sedang membuka pintu untuk kebahagiaan, Jangan ragu-ragu dan mudah mengalah, Kerana dalam diri kita ada 1 kekuatan yang sedang membesar yang membantu kita mengharungi segalanya, Dan kekuatan itu adalah diri kita sendiri, Seandainya orang lain mampu membina rumah dengan design mereka sendiri, Kita juga mampu membina rumah istana dengan design yang kita lakarkan sendiri, Bagimanapun rumah yang siap dibina itu nanti tegaknya juga tetap di atas tanah, Ia hasil dari tangan kita sendiri kan, Maka tersenyumlah, Kerana sekarang kita semua sedang berbahagia"

HatiDHati>LJM<
Saya menulis kerana merasai apa yang kamu rasa, Jadi saya lakarkan dgn tinta di atas muka buku ini, Cubalah senyum :) untuk orang lain, Maka kita sedang memberikan mereka kehidupan yang indah, Seperti apa yang mereka harapkan daripada kita, Hanya senyuman mampu membuat kita mengerti yang dalam hatinya juga ada duka seperti dalam hati kita.

No comments:

Post a Comment