Friday, 12 October 2012

"Bukan mudahkan untuk berada di tempat insan yg mempunyai kesulitan, Mungkin kita dapat menyokong, Memberi harapan tanda merasai apa yg dia rasa, Sekadar melegakan perasaannya pun sudah cukup, errmmmm,,, kesulitan membuatkan orang berputus asa, Putus asa sangat mudah, Sebelum ni kita mengambil masa yg lama untuk membinanya, bila berlak
u sedikit kesusahan kita merobohkannya sekelip mata sahaja, Apa yang berada di genggaman terlepas, untuk mengutipnya balik perlu pembinaan dari mula, Mungkin sebelum ni kita dah bina separuh jalan, Kita merasakan mimpi yang kita harapkan semakin jauh, Hidup seperti penuh dgn halangan, Kita rasa kita seorang sahaja, Seperti ingin lari tapi tidak tahu kemana kan, Itulah yg kita rasa seperti juga orang lain rasa apabila kita berputusa asa, eermm,, ingat kegembiraan tak selamanya akan menemani hari-hari kita, Terkadang datang juga kesedihan, Tidak boleh juga kita menolak, Semuanya datang dari ALLAH yg Esa yang lebih tahu hikmahnya, Ujian membantu kita untuk bangun, Sedikit ujian kadang-kadang membantu kita untuk sedar diri kerana kita sebenar telah jauh dari yg Esa, Terlalu mengejar keseronokan hingga kita lupa ALLAH, Kita lalai, kita lango dengan nikmat kegembiraan sehingga kita tidak sedar pemberi nikmat itu adalah ALLAH, ALLAHUROBBI, Kita mengeluh, kita bersunggut, Sehingga kita berkira dengan ALLAH, Biarpun kita sering merasakan dunia semakin gelap, Jiwa kita terasa sesak, Kita merasakan bumi seakan menyempit, Tapi pernah tak terfikir, Dengan tiba-tiba kemudahan itu muncul, Tiba-tiba menjelma kebaikan, Tidak tergambar dek fikiran saya tapi itulah Kebesaran ALLAH, Yang tidak pernah akan meninggalkan hambanya berada dalam kesulitan selamanya, Itu tandanya ALLAH sayang kita, Belajarlah untuk berusaha sedikit dari kesulitan yang kita hadapi, Aturkan langkah demi langkah, Usah lelah, Apatah lagi mengalah, Ujian itu adalah peringatan daripada ALLAH, Dan ALLAH sedang kejutkan kita dari lena dunia yang panjang, ALLAH tempat kita bersandar dan carilah ALLAH bila kamu sudah sedar"

HatiDHati>LJM<
Aku sedang menyiapkan bekal yang banyak, Aku tidak mahu makan bersendirian, Kerana aku ingin berkongsi dengan kamu Sahabat.

No comments:

Post a Comment