Friday, 12 October 2012

Jujur

angan pernah bosan untuk bermimpi
biarpun hanya ilusi 
pantaslah untuk sedar betapa luasnya kehidupan dihadapan
dengan pelbagai warna menggoda
perlukan perisai sbg pertahanan

Jangan pernah bosan untuk menggapai bahagia
kerana itu akan membuatkan hidup semakin hidup
biarpun silih berganti dengan kekecewaan
jangan sesekali mengalah mengharungi perjalanan
bila tersalah haluan

Jangan pernah bosan mencintai
jujur itu sangat beerti
sekalipun tidak memiliki
kerana terkadang cinta itu tidak bersatu
tapi bahagialah dengan apa yang kamu ada disaat ini

Jangan pernah bosan untuk berusaha
terkadang jatuh dan rasa sakit untuk bangkit
namun hati perlu tetap untuk kuat
mungkin bukan sekarang
tapi suatu masa bila pelangi indah muncul dengan harapan

Alhamdulillah
bersyukur selagi kita masih bernafas
sedetik peluang yang ada ini
berdoalah sehingga kelu lidah
kerana ALLAH tidak pernah bosan mendengarnya

HatiDHati>LJM<
Menilai dengan penglihatan...

No comments:

Post a Comment