Friday, 12 October 2012

Malam yg Tenang:
"Aturlah langkah demi langkah, Usah lelah apatah lagi mengalah, Sering diduga sering diuji itulah kehidupan, Belajarlah bergerak di atas landasan yg betul, Biarpun baru bertatih sekurang-kurangnya sudah memulakan, Tidak perlu melihat pandangan orang, Jelasnya ketetapan hati itu perlu, Jangan seperti bola dilontar ke atas melantun kekiri kekanan kerana tidak berada pada tempatnya, 
Jangan juga jadikan hidup seperti kaca, Tiada bersabar maka hancur berderailah akhirnya, Berhijrahlah maka akan ada pergerakan, Biar sedikit nanti lama-lama akan membukit, Jadikan hati seperti tanah ditimpa hujan, Kebaikan terus menyerap kedasarnya, Bukan bermain tarik tali sekejap kedepan sekejap kebelakang, Teruskan sentiasa ke depan..ke depan dan ke depan, Andai jatuh bangkitlah untuk ke 10 kali pun, Yang penting usaha"

HatiDHati>LJM<
Terkadang mengambil masa yang lama untuk membinanya, Janganlah dirobohkan dengan sekelip mata, Kuatkanlah hati ini ya Robbi untuk tetap setia.

No comments:

Post a Comment