Friday, 12 October 2012

Berharap pelangi selepas hujan

"Hidup ini adalah perjalanan yang akhirnya bernoktah, Kita mula berjalan merentasi denai yang sempit, Dipenuhi onak dan duri, Menempuh belukar yang gelap tanpa matahari.., Setiap kali kita melangkah kita merasa gerun, takut namun kita teruskan juga menapak ke hadapan seorang diri bertemankan cinta ALLAH, Semakin kita mengejar cinta semakin kecil dapat kita genggam cahaya itu..., Menerusi denai i
tu tanpa alas kaki, Duri-duri kecil bagai pisau tajam yang menghiris telapak, Terasa kesakitannya menusuk kulit..., Ketika itu, Kita tidak dapat lagi mampu untuk mengundur, Hanya melihat kebelakang seketika untuk mempelajari sesuatu yang sudah kita tinggalkan, Langkah perlu diteruskan biarpun dalam kesakitan bagi mengakhiri sebuah perjalanan, Tidak mahu lagi mengulang dari awal untuk merasai kesakitan yang sama, Sangat perit.., Di hadapan terpampang keindahan, Yang hanya dimulai merentasi denai yang kecil namun lorong yang terpamer semakin luas, Allahurobbi.., Gambaran pepasir halus merentang bagai mengubat kepedihan langkah kaki yang menapak, Onak duri yang memfitnah kesakitan bagai mengundur dari arus jalanan, Tiba-tiba hati disergah penawar cinta …Terharu dengan segala penerimaan dan redho dalam menunggu harapan yang mula terang di hujung garisan...,,Dan sesungguhnya..setiap kedukaan itu hanyalah satu ujian buat yang mengerti…Percaya ALLAH akan menganugerahkan cahaya selepas sedetik kegelapan, Percaya pelangi cantik akan muncul selepas hujan, Percaya lakaran kebahagian akan ada selepas kesulitan, Bahawasanya, ALLAH tidak akan pernah mempersiakan hamba-hambaNya..di sebalik setiap kejadian pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan, Pasti akan ada kebahagiaan yang akan menjadi pelengkap kepada perjalanan bagi hamba-hambaNya yang sabar dan tabah..."

HatiDHati>LJM<
Terima kasih Tuhan :),, Jawapan kepada setiap persoalan adalah memberi peluang..

No comments:

Post a Comment