Sunday, 18 November 2012

teguhnya Hawa



Hawa secantik mawar

Hamba berdosa



Seorang hamba
Bila tiada lagi tangisan pada dosa
Tenggelam dalam nafsu dunia
Hati bukan lagi pada syurga
Seorang hamba
Berlari tanpa tujuan
Maksiat menjadi bahan tawaan
Terus berada di landaan kesesatan

Seorang hamba
Tidak peduli pada teguran TUHAN
Neraka bukan lagi alasan
Tiada resah dan gelisah pada perbuatan

Seorang hamba
Bukan ketakutan tapi kepuasan
Melihat dunia sebagai jaminan kegembiraan
Padahal amal kejahatan ditulis malaikat sebelah kiri
Dimana kesedaran?

Seorang hamba
Pendosa tempatnya kelak paling teruk
Dibakar nyalaan api yang besar
Kerana setiap dosa akan ada balasan
Sekecil zarah sekalipun

Seorang hamba
nyawa masih diberi pinjam
Bertaubatlah dan berharap
Jangan jadikan setiap sujud itu sia-sia

Seorang hamba
Bersihkanlah diri dari dosa semalam
Beristighfar jauhi hasutan syaitan
Hati bukanlah kuat seperti akar tunjang

Seorang hamba
Masih ada peluang
Pergilah pada cahaya yang terang
Percayalah pada ampunan TUHAN.....

Astaghfirullahahla'zim
Bertaubat sebenar2 taubat
Bila tergelincir ingatlah pada
Maha Pencipta yang mencipta jasad

Ya ROBBI ampunilah dosa-dosa kami
;(

Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka,



Semakin lama kita berlari, rasa semakin jauh apa yang ingin kita gapai dalam hidup kita tertunai kan.

Tersirat



Angin membawa cinta
Ke mana mahumu
Bila hati sering bertanya
Mana tempat pilihanmu di sana
Terus tangan ke dada tanyalah iman kita

Tindaklaku ingin berjasa
Supaya hidup ada makna
Namun menempuh duri halangan
bukan seperti mengemam gula-gula
apa yang dicari belum noktahnya

perlu paksa diri untuk terus berlari
bukan hanya berdiam diri
jika tiada langkah yang diberi
apa beza dulu dan kini
hanya lidah berani berkata sendiri
jadi apa tunggu lagi, berhijrahlah pada janji yang mungkin telah dimungkiri

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mu'minuun:115)

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzaab :72)

Pengorbanan



Seandainya kita mengira setiap pengorbanan kita, sejauh mana sudah kita berkorban? 

Tuesday, 30 October 2012

Cinta kerana ALLAH



•´✿◕ MEMAHAMI CINTA SEBENARNYA ~.¸¸.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang yang indah diucapkan kpd saudaraku yg bergabung dlm Mencari Mardhotillah (keredhaan Allah) semoga dirimu berkeadaan baik dan diberkati ALLAH SWT....

.......:|:. .:| .:| SEMOGA BERMANFAAT .:|:. .:|:. .:|:.


Friday, 12 October 2012

"Luruskan perjalanan cinta ini di landasan niat hanya kerana ALLAH , Jangan sesekali pesongkan makna persaudaraan ini semata-mata untuk mendapat kepentingan dan habuan dunia, Cinta persaudaraan ini tidak memerlukan modal atau kerahan keringat yang memenatkan, Sekadar kita tahu untuk mmemandunya agar bergerak pada landasan yang betul dan padanya ada redho ALLAH sudah cukup, Berusahalah agar cinta yang memenuhi ruang rasa ini bernilai dan melayakkan kita untuk mendapat tempat yang mulia di sisi ALLAH kelak"

HatiDHati>LJM<
Murnikan cinta di hati dan Berbahagilah kasih sayang, Tidak perlu bertanya siapa di hati, Sememangnya kamu semua sudah ada tempatnya di hati...."

ALLAH ada

ALLAH ada, ALLAH ada, ALLAH ada
kita telah melewati hari-hari yang telah diberikannya
Dalam keadaan kesedihan
Sesungguhnya hiduplah jiwa dengan sedikit kesulitan
Nikmat apa lagi yang kita dustakan

ALLAH ada, ALLAH ada, ALLAH ada
Seandainya kita masih dalam kegembiraan dunia
Kita akan lupa, Kita akan lalai
Sedikit teguran tanda kasih sayangNya
Nikmat apa lagi yang kita dustakan

ALLAH ada, ALLAH ada, ALLAH ada
Kegelisahan ini tiba-tiba hilang
ALLAH menggantikan kekeruhan
Dengan perasaan gembira dan bahagia
Nikmat apa lagi yang kita dustakan

ALLAH ada, ALLAH ada, ALLAH ada
Hembusan nafas setiap detik
Kerdipan mata setiap saat
bagaimana seandainya ia hilang
Nikmat apa lagi yang kita dustakan

ALLAH ada, ALLAH ada, ALLAH ada
Naungan kasihMu yang melebar
Kita tidak melihat, Kita tidak berfikir
Tetap diberi ALLAH tanpa had perbezaan
Nikmat apa lagi yang kita dustakan

ALLAH ada, ALLAH ada, ALLAH ada
Tak terucap bahasa kata
kerana kadang-kadang kita berdusta
Alhamdulillah hari ini masih ada nyawa
Nikmat apa lagi yang kita dustakan

HatiDHati>LJM<
Jangan sesekali berpaling, Hidupkan hati, Kelapangan didalam dada, Hilangkan keresahan dan kegelisahan, Ketenangan hati kerana adanya ingatan padaNya, RABB kita, Pemilik alam semesta... Nikmat apa lagi yg kita dustakan... Lihatlah 0_0 disekeliling kita...
"Bukan mudahkan untuk berada di tempat insan yg mempunyai kesulitan, Mungkin kita dapat menyokong, Memberi harapan tanda merasai apa yg dia rasa, Sekadar melegakan perasaannya pun sudah cukup, errmmmm,,, kesulitan membuatkan orang berputus asa, Putus asa sangat mudah, Sebelum ni kita mengambil masa yg lama untuk membinanya, bila berlak
u sedikit kesusahan kita merobohkannya sekelip mata sahaja, Apa yang berada di genggaman terlepas, untuk mengutipnya balik perlu pembinaan dari mula, Mungkin sebelum ni kita dah bina separuh jalan, Kita merasakan mimpi yang kita harapkan semakin jauh, Hidup seperti penuh dgn halangan, Kita rasa kita seorang sahaja, Seperti ingin lari tapi tidak tahu kemana kan, Itulah yg kita rasa seperti juga orang lain rasa apabila kita berputusa asa, eermm,, ingat kegembiraan tak selamanya akan menemani hari-hari kita, Terkadang datang juga kesedihan, Tidak boleh juga kita menolak, Semuanya datang dari ALLAH yg Esa yang lebih tahu hikmahnya, Ujian membantu kita untuk bangun, Sedikit ujian kadang-kadang membantu kita untuk sedar diri kerana kita sebenar telah jauh dari yg Esa, Terlalu mengejar keseronokan hingga kita lupa ALLAH, Kita lalai, kita lango dengan nikmat kegembiraan sehingga kita tidak sedar pemberi nikmat itu adalah ALLAH, ALLAHUROBBI, Kita mengeluh, kita bersunggut, Sehingga kita berkira dengan ALLAH, Biarpun kita sering merasakan dunia semakin gelap, Jiwa kita terasa sesak, Kita merasakan bumi seakan menyempit, Tapi pernah tak terfikir, Dengan tiba-tiba kemudahan itu muncul, Tiba-tiba menjelma kebaikan, Tidak tergambar dek fikiran saya tapi itulah Kebesaran ALLAH, Yang tidak pernah akan meninggalkan hambanya berada dalam kesulitan selamanya, Itu tandanya ALLAH sayang kita, Belajarlah untuk berusaha sedikit dari kesulitan yang kita hadapi, Aturkan langkah demi langkah, Usah lelah, Apatah lagi mengalah, Ujian itu adalah peringatan daripada ALLAH, Dan ALLAH sedang kejutkan kita dari lena dunia yang panjang, ALLAH tempat kita bersandar dan carilah ALLAH bila kamu sudah sedar"

HatiDHati>LJM<
Aku sedang menyiapkan bekal yang banyak, Aku tidak mahu makan bersendirian, Kerana aku ingin berkongsi dengan kamu Sahabat.
Bagaimana kita mengukur rasa bahagia dalam hidup kita? Daripada apa yang sudah kita ada, Daripada apa yg masih kita tercari-cari ataupun daripada apa yang belum kita miliki?, Dengan rumah yang besar mungkin kita rasa bahagia, Dengan kereta yang mewah mungkin kita rasa bahagia, Dengan wajah yang cantik tanpa cela mungkin kita rasa bahagia, Dengan pakaian yang
 berkelip-kelip mungkin kita rasa bahagia, Dengan harta yang melimpah kita rasa bahagia, Dengan penampilan yang hebat kita rasa bahagia, Ya mungkin kan sesetengah orang memilih untuk menikmati rasa bahagia dengan cara itu kan, errrmmmm, bergantung atas penilaian masing-masing kerana setiap orang mempunyai pendapat tersendiri, Perlu hormati, Namun kebahagian sebenar itu berada di hati, Hati yang tenang, Hati yang ikhlas, Hati yang tiada buruk sangka, Hati yang bersifat terpuji, Bukan pada baju yang dipakai, Bukan pada kasut yang digunakan, Bukan pada istana tempat tinggal, dan juga bukan pada harta emas yang disimpan, Kebahagian itu diukur pada keimanan dalam hati yang dihiasi redhoNya, Kecintaan pada Rabbnya, kemuliaan pada maruah dirinya, Walaupun apa yang kita ada sekarang tidak sebanyak apa yang orang lain ada, Tidak sehebat apa yang orang lain ada, Tidak secantik apa yang orang lain ada, Tapi bersyukurlah dengan apa yang telah ALLAH berikan kepada kita pada hari ini, lebih banyak daripada dulu kan dan ianya sudah cukup untuk membuatkan kita rasa bahagia, Alhamdulillah.

Aku

Aku bukan penyair
Tapi aku cuba untuk mengungkap setulus kata
Dari rasa pelbagai cerita
Dengan apa yang dipinjamkan olehNya untukku
Mungkin sekadar hidangan halwa telinga
Samaada menerima @ menolak
Terserah padamu

Namun aku bersyukur kerana ada kamu
Untuk melihat dan mendengar
Semoga ALLAH menjaga kamu hingga ke syurga
Kerana perpisahan aku dengan kamu itu pasti
Dan selagi aku masih ada di dunia
Aku ingin berkongsi denganmu

Dan tempat tinggalku akan datang
Aku tidak tahu
Samaada lubang yg sempit
Atau lubang yg luas
Yang membuat aku lebih selesa

Aku berharap ALLAH akan memberi ganjaran
Dengan apa yg telah aku laksanakan didunia
Seperti yg aku dan kamu inginkan
ALLAH telah sediakan tempatnya

Aku tidak mampu mengelak dari sesuatu yg telah ditakdirkan
Hanya persiapkan diri menghdapinya
Maafkan aku kerana tidak mampu
Untuk menyediakan yg terbaik untukmu

Namun aku cuba untuk menjadi pohon peneduh itu
Aku cuba untuk menjadi cahaya itu
Dan aku cuba untuk menjadi selimut itu
Menjadi pelindungmu dalam waktu yg ada ini
Sebelum aku pergi meninggalkanmu
Bertemu Sang Pemilik yang Esa

ALLAHUROBBI, sayang kamu kerana ALLAH

Lakaran Bahagia

"Setiap orang mesti mengharapkan kebahagian dalam hidupnya kan, Dalam apa jua yang dilakukan, Mungkin saat ini hati kita sedang berduka, Bukan daripada apa yang kita harapkan, Apatah lagi daripada apa yang kita mahukan, Apa pun semuanya daripada ALLAH, Muhasabahlah diri kita dan kembalilah kepada ALLAH, ermm,,, Kadang-kala kita tidak mampu nak gambarkan kedukaan kita, Berhara
p ada orang mengerti apa yang kita rasa, Itu sudah cukup, Sokongan bahu untuk menyandar, Huluran tangan untuk digapai, Berbicaralah dengan orang disekitar, Orang yang paling kita percayai (Ibu, Ayah, Adik-beradik, sahabat yg jujur), Dengan itu sesungguhnya kita sedang meringankan beban dan sedang membuka pintu untuk kebahagiaan, Jangan ragu-ragu dan mudah mengalah, Kerana dalam diri kita ada 1 kekuatan yang sedang membesar yang membantu kita mengharungi segalanya, Dan kekuatan itu adalah diri kita sendiri, Seandainya orang lain mampu membina rumah dengan design mereka sendiri, Kita juga mampu membina rumah istana dengan design yang kita lakarkan sendiri, Bagimanapun rumah yang siap dibina itu nanti tegaknya juga tetap di atas tanah, Ia hasil dari tangan kita sendiri kan, Maka tersenyumlah, Kerana sekarang kita semua sedang berbahagia"

HatiDHati>LJM<
Saya menulis kerana merasai apa yang kamu rasa, Jadi saya lakarkan dgn tinta di atas muka buku ini, Cubalah senyum :) untuk orang lain, Maka kita sedang memberikan mereka kehidupan yang indah, Seperti apa yang mereka harapkan daripada kita, Hanya senyuman mampu membuat kita mengerti yang dalam hatinya juga ada duka seperti dalam hati kita.

Husnuzon

Jangan biarkan dadamu terasa sempit
saat menghadapi saat yang perit
jika kesakitan itu semakin memuncak
harapkanlah jalan keluarnya

berdoa, berdoa, berdoa
kemurahan ALLAH
tidak pernah menyia-nyiakan 
hambaNya yang berharap

hadirnya ramadhan dengan selembar keampunan
carilah kemanisan dan temui jawapan
dengan kesungguhan insyaALLAH
ALLAH akan mengqabulkan permohonan

bersangka baik pada ALLAH
dengan kasih sayang bukan kemarahan
sesungguhnya DIA yang Maha Indah itu
sebaik-baik tempat berhadap ketika kegelisahan.

HatiDHati>LJM<
SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR
"Berenang tidak bermakna kita dapat mengharung badai itu kan, Berlari juga tidak mungkin kita dapat melepasii ribut itu, Namun setiap kepayahan untuk sampai ke destinasi perlukan kesabaran, Biarpun merasakan masih begitu jauh, Berusahalah dan jangan sesekali berputus asa, Dengan kudrat yang ada, Takut adalah terbiasa, kecewa adalah terbiasa, Kesakitan juga adalah terbiasa, Tapi tak mustahil untuk 
kita lakar yang luar biasa kan, Jangan mudah mengalah dalam hidup ini ye, Kita berada didalam perjalanan yang sama, Untuk menuju ke destinasi yang sama, Jatuh bangun sendiri, Bagaimana kita ingin mendaki bukit untuk sampai ke puncak, Andai tidak terbiasa dengan duri, Licin, lubang, gelap @ curam, Itu lah umpama mencari harapan dengan warna-warna kehidupan, Setiap orang merasainya.

HatiDHati>LJM<
Jangan jenuh @ jangan letih.

Jujur

angan pernah bosan untuk bermimpi
biarpun hanya ilusi 
pantaslah untuk sedar betapa luasnya kehidupan dihadapan
dengan pelbagai warna menggoda
perlukan perisai sbg pertahanan

Jangan pernah bosan untuk menggapai bahagia
kerana itu akan membuatkan hidup semakin hidup
biarpun silih berganti dengan kekecewaan
jangan sesekali mengalah mengharungi perjalanan
bila tersalah haluan

Jangan pernah bosan mencintai
jujur itu sangat beerti
sekalipun tidak memiliki
kerana terkadang cinta itu tidak bersatu
tapi bahagialah dengan apa yang kamu ada disaat ini

Jangan pernah bosan untuk berusaha
terkadang jatuh dan rasa sakit untuk bangkit
namun hati perlu tetap untuk kuat
mungkin bukan sekarang
tapi suatu masa bila pelangi indah muncul dengan harapan

Alhamdulillah
bersyukur selagi kita masih bernafas
sedetik peluang yang ada ini
berdoalah sehingga kelu lidah
kerana ALLAH tidak pernah bosan mendengarnya

HatiDHati>LJM<
Menilai dengan penglihatan...
Jangan memuji kecantikan pelangi
Tapi pujilah Allah
Yang menciptakan Langit & Bumi

Jangan percaya
Denga kata-kata bijakku
Tapi percayalah Firman Allah yang Maha Benar

Jangan masukkan namaku di hatimu
Tapi masukkan nama Allah
Hingga hatimu tenang

Jangan sedih jika cintamu di dustakan
Tapi sedihlah jika engkau dustakan Allah
Jangan pula engkau minta cinta kepada penyair
Tapi mintalah kepada Allah
yg memiliki cinta yg kekal dan sejati

Ya Allah yang Maha Rahman & Rahim
Jangan jadikan hatiku batu yg mengeras
Hingga lupa akan rahmatMu

HatiDHati>LJM<
“Ya ROBBI, Jika cinta ini adalah ketertawanan, tawanlah hatiku dengan cinta kepadaMu, Agar tidak ada lagi yg dapat menawan hatiku, Jika rindu ini adalah rasa sakit, Penuhilah rasa sakit ini dengan rindu kepadaMu”

Terima kasih

Terima kasih kerana cintakan saya 
Saya juga cintakan kamu kerana ALLAH
Cinta saya pada kamu tiada halangan
Tapi yang pasti ada batasan

Tumbuhnya cinta tanpa sempadan
Dalam satu kelopak kebahagiaan
Merimbun pada akar yang satu
Tunjangnya mengalir kasih sayang

Jangan sesekali membenci adanya perbezaan
Hadirnya fitrah pemberian yang Maha Penyayang
Dalam hati kita berteman
kerana kita saling memerlukan

HatiDHati>LJM<
Hati itu juga ada dindingnya, Ruang mana yang boleh dimasuki, Ruang mana yang perlu dikunci...
Malam yg Tenang:
"Aturlah langkah demi langkah, Usah lelah apatah lagi mengalah, Sering diduga sering diuji itulah kehidupan, Belajarlah bergerak di atas landasan yg betul, Biarpun baru bertatih sekurang-kurangnya sudah memulakan, Tidak perlu melihat pandangan orang, Jelasnya ketetapan hati itu perlu, Jangan seperti bola dilontar ke atas melantun kekiri kekanan kerana tidak berada pada tempatnya, 
Jangan juga jadikan hidup seperti kaca, Tiada bersabar maka hancur berderailah akhirnya, Berhijrahlah maka akan ada pergerakan, Biar sedikit nanti lama-lama akan membukit, Jadikan hati seperti tanah ditimpa hujan, Kebaikan terus menyerap kedasarnya, Bukan bermain tarik tali sekejap kedepan sekejap kebelakang, Teruskan sentiasa ke depan..ke depan dan ke depan, Andai jatuh bangkitlah untuk ke 10 kali pun, Yang penting usaha"

HatiDHati>LJM<
Terkadang mengambil masa yang lama untuk membinanya, Janganlah dirobohkan dengan sekelip mata, Kuatkanlah hati ini ya Robbi untuk tetap setia.
Setiap bait-bait perkataan itu adalah doa, maka berkatalah tentang kebaikan bukan keburukan, kerana dgn memberi kebaikan maka akan kembali juga pada kita kebaikan dan sebaik-baik langkahan itu adalah untuk mendapat redho ALLAH, jika hanya berdoa untuk mendapat redho ALLAH tanpa membawa diri kita kepada redho ALLAH maka baginya hanya murka Allah kan, mahukah begitu?

HatiDHati>LJM<
Perintah ALLAH maka jalankan..
Peringatan sebelum pergi kerana takut tiada kesempatan untuk kita berjumpa lagi, Sekadar memberi untuk diri, Muhasabah aktiviti yang kita lakukan hari ini, Bermanfaatkah kepada hati, Hidupkah hati kita hari ini?, Jagalah hati jangan dikotori, Takut semakin gelap dengan titik dosa yag dicipta sendiri, Tanya lagi pada hati? perlu sedar jangan sampai hati dahulu mati sebelum jasad lahirnya mati, Pint
u hati perlu dipantau dan dipagari agar tidak dibolosi pemburu hati (syaitan), Tanya lagi pada hati?, kemana akan dibawa pergi? pahala atau dosa yang aku kagumi, hati-hati dengan hati takut semakin berkarat dan tertutup sepi sebelum nafas terakhir di halkum diambil ILLAHI.

HatiDHati>LJM<
Hanya orang yang beriman sahaja yang bimbang dan takut kalau hatinya sakit apalagi jika hatinya mati...kawal rapi hati takut dicerobohi.

Yang Esa

Ya ALLAH Ya Khaliq
Peliharalah kami daripada tertipu dgn kecantikan lhiriah sehingga menggugt keimanan, 
Lindungi kami dari nafsu itu yg selalu menyuruh melakukan kejahatan dan kesesatan, 
Lebarkan sayap kerahmatanMu keatas kami yg lalai dengan nikmat pinjaman , 
Hamparkan selembar kesabaran ke atas kami yg tiada kekuatan, 
Ya ALLAH Ya Muhaimin
Kekalkan kami dlam keimanan kepadaMu walau apapun uji
an dan cabaran agar kami dapat menjalank peranan sbg khalifah di duniaMu,
Jangan sesekali Engkau berpaling dariku hambaMu yg dhoif ini,
Tetapkanlah hati kami untuk berada diatas agamaMu,
Ya ALLAH Ya Ghaffar
Ampunkanlah segala kelemahan dan dosa kami,
Tunjukilah kami ke jalan yg lurus jalan yg Engkau redhoi,
Akhiri ajal kami dengan ketaatan kepadaMu
Matikan kami dalam iman.
Amiin ya Robbi.

HatiDHati>LJM<
Jangan biarkan qalbu itu kosong tanpa iman yg mengalir,,
"Takdir yg ada diatas garisan kehidupan kita sangat indah, Seandainya kita gembira maka brsyukur itu baik bagi kita, seandainya kita susah maka bersabar itu juga baik bagi kita, Biarpun setiap hari cerita kita akan beralih ke muka surat yg lain, Dan tidak akan berada pada muka surat yang sama, Namun setiap hari pada waktu yg lima itu (24434) kita sering berdoa agar hari yang telah dilalui itu lebi
h baik dari hari yang akan muncul dengan izinNya, kerana sesuatu yang terjdi itu sesuai dengan kehendakNya, dan sesuatu yang akan terjadi masih dalam rahsiaNya yang Maha Mengetahui, Pilihan kita dengan perancangan usaha kita, dan perancangan ALLAH dengan takdirnya, Pilihlah jalan yang benar yang padanya membawa kita ke titian syurga"

HatiDHati>LJM<
Ya ALLAH, Engkau kembalikanlah kemanisan iman dalam hati kami, dan jadikan jiwa kami yang tidak pernah rapuh imannya. Ameen Ya Robbi.
 
"Andai kita merenung nikmat yang paling dekat dengan kita iaitu tubuh badan kita dan pancaindera ini sendiri pun, nescaya kita menjadi insaf dan sedar akan keterlanjuran dan keterbabasan kita kan, Apakah yang banyak telah kita lakukan, kebaikan atau kejahatan, Terdayakah kita menjawab semua amanah yang dipertanggungjawabkan itu?, ALLAHUROBBI"

HatiDHati>LJM
Cukuplah peringatan ini sebelum pergi... ^^,..
 

Alhamdulillah

Hari nim kita bersyukur tak? hanya dengan 1 perkataan yang keluar @ tidak dari mulut kita "Alhamdulillah" aku bersyukur dengan nikmatMu ya ALLAH, Terasa sedih bila ALLAH memberi terlalu banyak pada kita, Terutama nikmat udara, Tapi kita tidak pernah pun nak menadah tangan mengucap syukur, Tanpa kita sedar kita lupa ALLAH kan, Sebanyak manapun nikmat yang ALLAH bagi kat kita, Kita tetap mengeluh it
u dan ini, Kenapa ini terjadi apa puncanya, Samaada perkara tu kecil @ besar ia tetap menjadi keluhan kita, Knp hari panas sangat???knp hari ini hujan lak??Knp makanan ini tak sedap, tak sampai rasa pun, Padahal hidup kita cukup segalanya, Namun kita tetap mengeluh, knp??knp??knp??, Kalau begitu apa lagi yang mampu membuatkan hati terasa tenang dan puas, Sementara yang cukup tidak pernah terasa cukup?

HatiDHati>LJM<
ALLAH maha kaya sifatnya, ALLAH tetap terus memberi biarpun kita lupa Dia kan.. ALLAHUROBBI..

Roda

"Belajar juga untuk berada dibawah, Jangan hanya melihat keatas dan hanya ingin duduk di atas, Seandainya kita ingin sentiasa berada di atas, Kita tidak pernah rasa ingin bersyukur, Sebab kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada, Kita akan persoalkan, Kenapa orang lain ada kenapa aku tidak ada?, Kenapa ALLAH berikan pada dia, Kenapa ALLAH tidak berikan pada aku??, (Adakah sekarang kita tela
h menyalahkan ALLAH di atas pemberianNYa), Astaghfirullahhala'zim, Cuba persoalkan pulak Saya ada kaki bagaimana dengan orang lain yang tiada kaki, Saya ada mata bagaimana dengan orang lain yang tiada mata, Saya ada kereta kancil bagaimana dengan orang yang hanya ada motosikal shj, Saya ada tempat tidur yang sangat selesa bagaimana orang lain yang tidur dibawah jambatan beralaskan kotak, Saya boleh makan 5 kali sehari bagaimana dengan orang lain yang makan 1 kali sehari, Saya boleh berpakaian cantik dan bertukar ganti bagaiamana dengan mereka yang hanya memakai pakaian lusuh setiap hari, ALLAHUROBBI kalau nak cerita nikmat yang ALLAH bagi pada kita nim, Dok terganti kita nak pulangkan balik pada ALLAH kelak, ALLAH bagi pinjam jerk dan semua itu akan di pulangan balik bila tiba masanya, Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang kamu ada sekarang tanpa melihat apa yang ada pada orang lain, Berfikirlah kerana dimana sahaja tempat kamu sekarang, Kamu sedang di uji"

HatiDHati>LJM<
Alhamdulillah di atas nikmat Iman & Islam ini...Ya ALLAH tuntunilah hati kami ke arah cahayaMu.

Nilai

Ikatan kasih sayang bukanlan hubungan perniagaan, Yang mana kita mengharap keuntungan daripada modal yang diberikan, Segala-galanya dikira dalam bentuk angka, 1 ribu... 2 ribu... 3 juta, 5 Billion +++++, Cukupkah sekadar itu nilainya?, Kasih sayang bukan barang niaga, Tetapi ia adalah pemberian ikhlas untuk mendapat sesuatu yang lebih..lebih...lebih.. dan lebih ++++++++++++++++++++ berharga daripada ALLAH disana"

HatiDHati>LJM<
Terima kasih kerana masih menjadi pekebun yang menjaga serumpun sayang, Tanam benih d ♥ ,gembur,siram dan baja supaya rumpun itu terus merimbun....
Kebahagian itu kita yang cari, Berharap dengan izin ALLAH, Kita berusaha melakar, Palitkan dengan warna pelangi yang unik , Hanya bermula dengan debunga hinggap dihati, Kemudian kita bajai, Kita jaga agar Keindahan itu merimbun, Terus merumpun dibawah lautan langit kedamaian, Agar segalanya berakhir dengan Ketenangan, Yakin dengan langkah Allah dihadapan"

HatiDHati>LJM<
Ingin mula mendaki....
Biarkan mimpi itu sampai ke bintang, Biarkan bahagia itu dalam dakapan sinaran bulan, Janji matahari tika ini memberi harapan, Jangan pernah berputus asa, Teruskan usaha, Semalam yang telah tiada tinggalkan, Hadapi hari ini dengan kesyukuran dan ketabahan"

HatiDHati>LJM<
Gerakkan pancaindera ke arah redhoNya...

Lebih baik

"Kadangkala, ada situasi, ALLAH melambatkan bantuan-Nya, Itu adalah ujian, Ujian menguji keimanan kita, kesabaran kita dalam menunggu untuk menerima pemberian-Nya. Kadangkala, ALLAH tidak memberikan apa yang kita mahu. Namun siapakah kita hendak demand dengan ALLAH? Kita sendiri tidak tahu apa yang buruk dan baik sebenarnya untuk kita., Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta, Kada
ng2 Allah tak bagi sebab Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta. Tapi bukan Allah tak bagi terus. ALLAH ganti dengan yang sesuai dan lebih baik, Menerima apa yang kita perlu bukan apa yg kita mahu, Allah SWT itu lebih mengetahui "

HatiDHati>LJM<
Kalau ada resah, jangan segan menangis di hadapan-Nya... Dia amat dekat, pertolongannya sentiasa ada. Bila susah, segera mengadu kepada-Nya. Dia lebih dekat dengan kita daripada sesiapa yang dekat dengan kita. Bila sudah yakin, kita akan merasai nikmatnya...ALLAHUROBBI.. ♥ ♥

Berharap pelangi selepas hujan

"Hidup ini adalah perjalanan yang akhirnya bernoktah, Kita mula berjalan merentasi denai yang sempit, Dipenuhi onak dan duri, Menempuh belukar yang gelap tanpa matahari.., Setiap kali kita melangkah kita merasa gerun, takut namun kita teruskan juga menapak ke hadapan seorang diri bertemankan cinta ALLAH, Semakin kita mengejar cinta semakin kecil dapat kita genggam cahaya itu..., Menerusi denai i
tu tanpa alas kaki, Duri-duri kecil bagai pisau tajam yang menghiris telapak, Terasa kesakitannya menusuk kulit..., Ketika itu, Kita tidak dapat lagi mampu untuk mengundur, Hanya melihat kebelakang seketika untuk mempelajari sesuatu yang sudah kita tinggalkan, Langkah perlu diteruskan biarpun dalam kesakitan bagi mengakhiri sebuah perjalanan, Tidak mahu lagi mengulang dari awal untuk merasai kesakitan yang sama, Sangat perit.., Di hadapan terpampang keindahan, Yang hanya dimulai merentasi denai yang kecil namun lorong yang terpamer semakin luas, Allahurobbi.., Gambaran pepasir halus merentang bagai mengubat kepedihan langkah kaki yang menapak, Onak duri yang memfitnah kesakitan bagai mengundur dari arus jalanan, Tiba-tiba hati disergah penawar cinta …Terharu dengan segala penerimaan dan redho dalam menunggu harapan yang mula terang di hujung garisan...,,Dan sesungguhnya..setiap kedukaan itu hanyalah satu ujian buat yang mengerti…Percaya ALLAH akan menganugerahkan cahaya selepas sedetik kegelapan, Percaya pelangi cantik akan muncul selepas hujan, Percaya lakaran kebahagian akan ada selepas kesulitan, Bahawasanya, ALLAH tidak akan pernah mempersiakan hamba-hambaNya..di sebalik setiap kejadian pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan, Pasti akan ada kebahagiaan yang akan menjadi pelengkap kepada perjalanan bagi hamba-hambaNya yang sabar dan tabah..."

HatiDHati>LJM<
Terima kasih Tuhan :),, Jawapan kepada setiap persoalan adalah memberi peluang..
Ya Robbi
Dengan langkah pertama ini
harap dengan redhoMu
harap dengan tautan cintaMu
harap dengan limpahan sayangMu
harap dengan lurus kearah jalanMu
harap dengan lafaz namaMU
tuntunilah hati kami Ya Robbi
lindungi kami dengan sayap rahmatMu
permudahkan urusan kami


HatiDHati>LJM<
titisan rasa disebalik jiwa
 

Terima kasih kerana saya masih dihati awak

Alhamdulillah kita masih ditakdirkan untuk bertemu ♥ disini hari ini, bersulam indah dengan nikmat kasih sayang insan disekeliling kita, ALLAHUROBBI dok tahu nok gambor gane, Comel sungguh tautan kasih sayang tu, Ibu+Ayah, Adik-beradik kita, Kawan-kawan kita, Insan-insan penting dalm hidup kita, Insan yang menyayangi kita, Hanya bermula dengan lafaz "Saya Sayang Awak" s
udah cukup menggambarkan rasa itu, Syukur hari ini kerana masih berpeluang untuk mendengar kata-kata itu, Namun kita perlu sedar disatu sudut yang sepi itu, Ada insan yang merintih sedih mendambakan secubit kasih sayang itu, pedulikah kita??? errmmm,, Memberilah selagi kamu mampu untuk memberi kasih sayang itu biarpun sedikit untuk insan di sekeliling kamu, Kerana apabila kita memberi kita akan mendapat balik yang sedikit itu, Terima kasih kerana saya masih dihati awak"


HatiDHati>LJM<
Anugerah rasa ini diantara saya, awak & DIA.. saya sayang awak.. 

Peluang

Setiap hari adalah peluang kan, & setiap peluang yg diberikan oleh ALLAH itu molek kita mulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim, Tanpa peluang untuk hidup hari ini kita mungkin tak dapat pergi bekerja, tak dapat makan, tak dapat melihat keindahan alam, tak dapat mendengar kicauan burung, tak dapat borak dgn orang lain, malah tak dapat buka Fb pun (n_____n)", dan dengan peluang itu kita melangkah ya
kin rezeki Allah ada dihadapan kita, Seperti burung keluar waktu pagi tanpa tahu dimana rezekinya untuk anak2nya yg sedang menungu di sarang, hanya dengan tawakal dia terbang mencari sesuap makanan untuk anak2nya, Berbeza dengan kita manusia, keluar jerk dari pintu rumah pergi bekerja & tiap2 bulan hanya menadah tangan rezeki masuk Alhamdulillah, & setiap pemberian rezeki dari ALLAH itu juga berbeza, ada yg dapat banyak & ada yg dapat sedikit, bergantung kepada rezeki masing2, Perlu percaya & yakin setiap langkahan itu ALLAH dihadapan, Setiap hari mungkin kita tak dapat apa yang kita mahukan, tapi yakinlah Allah akan memberi apa yg kita perlukan mengikut kemampuan yg kita buat i/ALLAH, & apa yang kita dapat itu perlu juga dikongsi dengan orang lain, & ucaplah Alhamdulillah"

HatiDHati>LJM<
Tiada gerak melainkan gerak Aku kata ALLAH, Dia maha Mengetahui maha Melihat, ALLAHUROBBI tuntunilah hati ini kearah cahaya hidayah Mu.

Perubahan

Salam Ketenangan Jumaat"

Setiap hari kita perlu hijrah kan, Seperti kata2 indah dibibir kita "Semoga esok lebih baik dari hari ini" errrmm, Biarpun sedikit tapi perlu ada perubahan, Dan dari perubahan itu ada istiqomah, Apabila ada hijrah maka berlakulah pergerakan, Apabila ada air mengalir air itu akan menjadi jernih, Suci lagi menyucikan walaupun aliran air itu cuma sedikit, Sebaliknya jika ai
r itu jernih sekalipun, Tetapi bertakung & tiada pergerakan yang berlaku, Akhirnya air itu akan berlumut, busuk dan memudaratkan, Sejauh manakah kita sudah berhijrah, tundinglah ibu jari itu terus ke arah hati kita, Dan kata2 indah dibibir kita lagi "errmm bukan mudah nak hijrah2 nie???". kan??

HatiDHati>LJM<
telaga hati kita kosong, separuh @ penuh??????

Muhasabah

"Menyingkap sesuatu yang tersembunyi disebalik kesibukan manusia menyusun perancangan, Kadang2 kita perlu menoleh seketika utk mencari nilai makna pengorbanan yg hakiki "

HatiDHati>LJM<
Perancangan hati (n_____n)"